Wednesday, December 31, 2008

Boxing Day

salam sejahtera pada semua pencinta ilmu... para pemuda yang menjadi tongak utama sesebuah tamadun dan peradaban. pemuda adalah aset dan harta paling bernilai bagi sebuah masyarakat. masa depan negara dapat dilihat pada kualiti pemudanya. di tangan pemuda lah era kecemerlangan dan kegemilangan sesbuah negara akan terbukti. jika robek pemuda, maka gelaplah masa depan negara, jika berkilau sang pemuda, maka cerahlah masa depan negara.
Terasa bingkas diri ini untuk menaip sesuatu bilamana mendapat maklumat mengenai kerakusan golongan muda yang menghambat dunia pada saat ini. kajian durex sex global menunjukkan di Malaysia purata anak muda hilang dara @ pertama kali terlibat dengan sex pada umur 17 thn. statistik 2008 menunjukkan angka 257 000 anak luar nikah dan currently 124 000 pelacur di dapati di Malaysia. Kuala Lumpur menjadi hub-pelacur yang menyebabkab Malaysia naik ke tangga ke 2 di Asia dalam jangkitan HIV tertinggi. Hebat Malaysia. Negara ISLAM Hadhari. lanjutan ini, Dr fadzilah kamsah memebuat kajian dan menunjukkan hanya 20% pelajar sekolah menengah yang solat cukup 5 waktu sehari semalam. Nah, lihatlah wahai pemuda yang kukasihi sekalian, hamparan permaidani kebobrokan akhlaq golongan muda yang akan memimpin masa depan. kepada pemuda beginikah henak disandarkan masa depan negara?....
harini bertarikh 31 december 2008 , hari terakhir bagi 2008 dan 2008 bakal melabuhkan tirainya, kita bakal menyaksikan 2009 yang akan tiba.. apakah akan beraku pada 2009 ini?? sempat ku berjalan di Oxford street, London pada 26 dec semepena boxing day untuk melihat gelagat ummat. MasyaALLAH, penuh sepanjang lebih 1km oxford street yang terletak di Zone 1, London, berdekatan dengan Oxfod circus. Pertama kali menjejak kaki ke kota London yang sudah lama ku impikan untuk menjejak kaki kesini. Bermula dari Victoria station, dengan menaiki tube (underground) ku bergerak ke oxford street. lazimnya boxing day sinonim dengan THE DAY bagi seluruh warga UK untuk membeli belah. syurga shopping bg mereka. seawal jam 5am mereka sudah menunggu untuk membeli. setelah berjalan di oxford street dan memebeli sepasang kasut Clarks yang agak murah, ku teruskan perjalanan ke ADGWARE Road, disini semua makanan halal. Alhamdulillah, kami berjalan berlima.. bersama Murabbi dr tanah air. banyak dapat ku belajar dan mengambil semangat pejuang seorang yang amat ku kagumi, ilmunya, akhlaqnya, kerja dakwahnya. Hebat.

Friday, December 19, 2008

penyapu

" Project management is all about dynamics.. all about compromise.. it will changes with time.. there is no rigth wrong answer. postgraduate students difference compared to undergraduates. PG environment, we extract the knowledge and determne the way we think..".. DR Callum Kid (personal tutor)
Alhamdulillah wa kafa, segala puji dan syukur tidak terkata buat TUHAN pentadbir dan pengurus sekalian cakerawala. Ku amat terasa erti syukur itu bilamana diri ini di beri pakej 3 in 1 sejak seminggu lalu- fever+cough+flu+headache...alhamdulilah. sakit itu TARBIYYAH berkesan buat hati dan roh kita. Baru sedar akan nikmat sihat sebelumnya di kala diberi inzar oleh NYA. itulah manusia, pelupa, ingat pada PENCIPTAnya di kala dilanda musibah.. mari bermuhasabah...
Namun mungkin bukan isu sakit, sihat yang ingin ku ulas pada malam ni, kerana di kala diberi nikmat sakit ini selama lebih seminggu ini ku gigig kan tulang empat kerat ini untuk teruskan mencari nafkah di St James building as a cleaner. Mungkin pada mulanya ku rasa tiada banyak perkara boleh ku belajar as a cleaner, no added value and new knowledge that i can learn from. however, as couples of times i can sense the knowledge behind CLEANING. walaupun rasanya kerja membersih aka mencuci tampak mudah dan senang.. banyak perkara tersirat disebalik nya yang boleh saya syarahkan disini. maklumlah, bakal MP memang kena berlatih bersyarah atas maudu'2 yang pelbagai.
Entry kali ini i wud like to share on broom. YES a broom...it simple isn't it. di kala sedang menyapu lah saya banyak mencetus idea2 baru untuk manfaat diri mahupun ISLAM itu sendiri. kerana basically i wud spend around 30 min to complete sweeping the floor. Perkara yang paling penting sebelum menyapu ialah saya akan pastikan penyapu itu bersih kerana mungkn akan terlekat habuk atau small2 particles as in cebisan kertas etc. saya menggunakan penyapu biasa dan bukan penyapu lidi. Mungkin analogi penyapu dah biasa di gunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam metafsir pelbagai perkara terutama 'hidup berkumpulan'. Namun apa yang saya tertarik disini untul berkongsi tentang diri penyapu itu sendiri. di kala saya menyapu, kadangkala bulu penyapu itu sendiri tertanggal dan menjadika ia juga sebahagian dari sampah yang saya sapu. Kadang kala juga bila mana terlalu dusty, penyapu akan block dan tak dapat menyapu dengan berkesa, penyapu perlu dibesihkan.
Mungkin disini lah terungkap apa yang saya fikikan, diri Daie umpama penyapu, diri seorang mujahif umpama penyapu. Mana mungkin penyapu yang kotor mampu menyapu dengan bersih, penyapu perlu senantiasa dibesihkan untuk digunakan. Wahai teman2 sekalian, kadang kala kita alpa yang diri ini perku kepada tazkiyatun nafs- pembersihan jiwa, tarbiyyah ruhiyyah. kadang kala kita asyik menyapu dan tidak sedar penyapu kita penuh dengan habuk dan tidak mampu menyapu dengan bersih as expected. kadangkala kita lantang berceramah, kuliah, tazkirah memebri usrah, tapi kita lupa kita kadangkala kotor yang mana kita perlu bersihkan agar mad'u tidak terkesan dengan isi kuliah kita... siapa yang bersalah? lebih malang lagi bulu2 penyapu itu bertukar menjadi sampah yang turut di sapu oleh rakan2 penyapu kita yang lain.
Akhir kata, sama2 kita muhasabah diri ini yang hanya seqadar abdi pada RABBI. selari kan amal inadah kita dan dakwah kita agar ia memberi kesan pada kita dan mad'u..
salam Manchestee buat Malaysee

Tuesday, December 9, 2008

Jalan Kaki

Buat kesekian kalinya, salam sejahtera dan salam hormat buat semua yang sudi melayari blog ini yang sudah agak lama suram dari bahan wacana ilmiah. Sempena Aidul ADHA ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam aidl adha buat semua muslim seluruh dunia. eid mubarak ya akhu kum fil ISLAM. bak kata org Turkey: 'qurbani bayraminizi'... buat para pejuang agama ALLAH, moga kita menghayati erti tadhiyah seperti tercatat dalam arkanul baiah, belajar erti korban dan bukan seqadar menyumbang.

Namun tidak terniat di hati untuk merungkai tajuk qurban pada entry kalini kerana mungkin ada topik lebih menadi pilihan. teringat kata2 seorang shbt padaku tempoh hari : " aku tengok dan perhati ko ni suka fikir benda2 yang org tak fikir". masyaALLAHhu kana wama lam yasya' lam yakun. pengalaman hidup banyak mengajar cara kita menjalani kehidupan, melihat, mendengar dan mentafsir sesuatu. tidak dapat kunafikan memang ku amat gemar memerhati dan menganalisa sesuatu dengan cara berbeza. Jalan kaki adalah maudhu' ku pilih pada kali ini untuk dikongsi bersama. Sejak awal lagi hadir ke UK ni telah ku perasan betapa British tends to walk fast. Memang diaorg berjalan laju, namun jika dulu di Malaysia kurasakan mereka berjalan laju kerana kesejukan.. cold, freeze etc. Namun mungkin itu antara reason but not solely because of COLD. Pernah satu hari ku berjalan dan ku dipintas seorang wanita kerana langkah ku lambat tidak seperti arus mereka. Arus mereka deras memacu kaki mereka kemana jua perginya.
Ku cuba fikirkan keadaan di tanah air dimana org melayu amat suka berjalan dengan tone yang perlahan. slow and steady. mungkin berjalan Malaysian compared to British can be discussed. first point yang boleh diperhati ialah, bilamana kita berjalan tanpa matlamat dan hala tuju maka kita akan tend berjalan lambat. cuba kita nak kejar kelas jam 9 am , pasti kita memecut sedaya upaya untuk tiba di kelas on time. tapi kalau kita just window shoping mesti perlahan sahaja gerak langkah kita, kerana tiada hala tuju, tiada matlamat.
kedua, di kala berjalan, kadang kala kita berjalan dengan tempo perlahan, laju, dan kadang2 kala berlari2 anak. semua itu ada sebab tertentu. itulah lumrah perjuangan.. dalam satu perjalanan jauh, kadangkala kita laju, perlahan berherti seketika dan kadang kala kita meemcut. siasah nafas panjang. wahai pejuang sekalian, sedarlah bahawa kita dalam perjalanan yang jauh, jaga tempo perjalanan kita agar kita tak semput di tangah jalan, agar tidak terjatuh ketika berlari tersepak batu, agar tidak juga ditinggalkan 'white' td, dan tidak juga terus berhenti mengambil nafas. seimbang kan semua tempo ini yang amat kita perlukan. perumpamaan berjalan kaki ini boleh kita amik pengajaran buat hidup ini.

Tuesday, November 25, 2008

Erti PERSAHABATAN

salam sejahtera kepada semua peminat setia blog ku ini. terasa zalim pada kalian kerana agak lama jari ini tidak mencoret sesuatu dalam ruangan yang ama bermakna buat diri ini. kerana teringat sabda nabi : "sampaikanlah dariku walau satu ayat". sudah pasti kalian tertunggu-tunggu untuk membaca post seterusnya dariku, maaf sekali lagi kerana diri ini lemah dan alpa untuk memberi sesuatu. sebagai medan dakwah ku di alam maya ini, aku harus memberi sesuatu dan menyumbang sesuatu untuk ISLAM. Sebelum terlupa, selamat menempuh SPM buat athirah (adik kesayangan ku) , moga ALLAH mudahkan segalanya buatmu dan mudahan mencapai keputusan terbaik buat dirimu.
bidang penulisan ini amat besar ertinya buat kita dan buat dunia ILMU semestinya, ulama' menggunakan bidang ini seluasnya untuk menjawab persoalan ummat. penulisan ibarat mata pedang yang bisa menusuk tajam ke dalam lubuk hati si pembaca. pelbagai perkara terjadi dalam hidupku beberapa minggu yang lalu yang kurasakan amat bernilai. mungkin dapat ku rangkumkan kesemuanya disini. bermula dengan aku memulakan bidang tugas sebagai "floor engineer" a.k.a cleaner di sebuah syarikat yang agak terkenal di Manchester ini. part time job ini mungkin sebagai meda latihan bagi ku, yelah terkesan bilamana degree holder's ini memegang penyapu, plastik sampah, mop lantai etc. inilah tarbiyyah terbaik buatku untuk mendidik nafsu dan sifat mazmumah ku. Nah rasakan erti sebenar HIDUP. erti susah payah mendapatkan duit, walaupun ku bekerja hanya 2 jam sehari. cukup mengajar erti kehidupan. mungkin semua kerja ini sudah biasa ku buat di rumah dahulu tetapi bilamana ia adalah kerjaya, memang berbeza.
beberapa hari lepas juga sempat aku mendengar kuliah seorang yang amat aku hormati,- bekas Ketua Dewan Ulama'... alhamdulillah tak sangka dapat bertemu muka dengannya. sungguh banyak pengisian dan manfaat drnya. yelah, org lama dan sarat dengan pengalaman dalam perjuangan. jauh ku berfikir, adakah sempat aku merasa nikmat sebagai pejuang pada umur sepertinya??... Ya ALLAH , ku mohon tetap dan thabat dalam perjuangan ISLAM ini. Moga ALLAH terus panjangkan usia dan rahmati Ulama' seperti ini yang banyak jasanya pada rakyat dan masih kita semua memerlukannya.
namun, kisah terbaru ku pabila sempat berkunjung ke Liverpool dan Lancaster beberapa hari lepas yang mana tempat yang belum pernah kukunjungi. Liverpool yang diisytihar "European CIty 2008" as in heritage city that represents Europe as a whole. sungguh indah kota ini kerana lokasi nya di tepi pantai. bekas pelabuhan terulung pada zaman revolusi inggeris satu ketika dahulu. masih terlihat kesan kehebatan pelabuhannya di ALBERT DOCK. satu lokasi tumpuan pelancong disini. Liverpool juga terkenal dengan kumpulan band "The Beattles" yang berasal dari sini. pengembaraan diteruskan ke Lancaster untuk bertemu dengan Dr Zulqarnain, lecturer PCS ku satu ketika dahulu yang dalam rangka menyiapkan viva PhD nya disini. Lancaster jauh lebih tenang dan damai as in countryside dan pekannya memang British town. sungguh permai di sini dengan banyak farms dan binatang ternak. ingin ku ke sini lagi inshaALLAH.

Thursday, November 13, 2008

Kota Bharu vs NewCastle

















salam pertemuan buat seluruh pejuang-pejuang blog seluruh dunia. alngkah tersenyum nya sang matahari melihatmu melayari penamu dalam erti kata menyampaikan sesuatu bermakna buat seluruh ummah. betapa girangnya sang bulan dengan memancarkan purnamanya dikala melihat jari-jemarimu menari rancak di atas pentas keyboard itu, meskipun sempit masa mu namun tetap komited mencurah idea dan buah fikiran buat tatapan seluruh alam.
alhamdulillah berkesempatan saya ke sebuah kota yang juga terdapat di tanah air kita- NEW CASTLE. mungkin jauh berbeza dengan Kota Bharu di negeri serambi Mekah itu yang makmur dengan majlis ILMU dan masyhur dengan ni'mat ISLAM di sana. Bak kata pepatah sambi menyelam minum air, itulah pepatah paling tepat rasanya, sambil brjalan dan sambil berdakwah. Mesej ISLAM musti disampaikan, proses membimbing UMMAH musti diteruskan demi melihat syiar dan syariat ISLAM tertegak di atas muka bumi Rabbul Jalil ini.
Maha Suci ALLAH, itulah kalimah yang terpacul dek keindahan dan kesempurnaan suasana ni NewCastle yang kurasakan teralu indah dikala musim luruh ini. dengan gabungan 'the 7 bridge' yang terletaj di Tynemouth membuatkan panca indera ini termenung sejenak memerhati dan menganalisa alam ciptaan TUHAN. teringat daku dikala program mukhayyam bersama sifu tarbiyyah -Ust Mat nor yang kerap menyebutkan - Bermu'ayashah dengan ALAM'. BERERTI kita bersama menghayati kehidupan ALAM ini. banyak ibrah boleh kita ambil dengan memerhatikan rububiyyah ALLAH ini.
Akhir kata jazakallah buat teman yang membawa saya ke sana.. moga ALLAH membalasnya.
" perhatikan bilamana 'alam tersenyum padamu"

Wednesday, November 5, 2008

SEPAHIT PERIA SEMANIS GULA

SABDA NABI MUHAMMAD SAW : " ingat 5 perkara sebelum 5 perkara , sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati"

In order to get through in the civilize and most globalization world nowadays, as a student, slave to GOD, as son, and as daie ilALLAH obviously we will facing such unpredictable situation in life. The life cycle is sometimes hard for us to estimate when we are up in the sky and when are we underneath the earth? butthat is the facts of being Human in this real world.

Apa yang menerjah kotak fikiranku ketika ini adalah untuk menulis mengenai satu hakikat hidup yang mungkin kita perasan kehadirannya ataupun tidak which is lapang sebelum sempit. pada satu-satu masa mungkin kita trasa betapa indahnya hidup ini dengan segala anugerah dan nikmat kurniaan ilahi. segalanya cukup.. makan,minum,pakaian,tempat berteduh sehingakan kadangkala kita tidak tersedar kita banayk kufur nikmat dengan membeli apa kita kehendaki dan bukan apa yang kita perlukan. istilah sengaja membazir ini mungkin jarang kita lihat kerana kita merasakan semua cukup. Environment-CUKUP ini menjadikan kita selesa, senang, puas hati dan segalanya indah. semuanya CUKUP. Zon CUKUP ini meletakkan kita dalam keadaan comfort dan tak terasa kurang sedikit pun. Adakah kita akan merasa lapang selamanya..?

When the wheel get down we will realize the real world?... bukan bermakna kita mesti menempah susah dalm hidup. tapi mungkin dalam usaha kita takwin diri ini atau masyarakat yang selama ini selesa dengan kedaan sebelumnya ia relevan. jika kita ungkai sejarah zaman penjajah dahulu dan zaman era 1990-an mngkin banyak bezanya. Pada zaman penjajah la rakyat Malaysia belajar erti susah, makan ubi kayu, air telaga dan sebagainya. mungkin zaman itulah rakyat benar2 menghargai erti sebuah kehiduapan kerana semuanya TIDAK CUKUP. beras tak CUKUP, duit tak CUKUP, gandum tak CUKUP segalanya tak CUKUP. era sebelum merdeka inilah rakyat banyak belajar erti hidup mungkin. berbanding kini pada era moden ini kita jarang mengerti makna hidup. sistem tarbiyyah hidup ini memang adil dicipta TUHAN, susah dan senang pasti silih berganti, lembut dan keras sudah pasti di tempuh, terang dan suram saling bertaut. semuanya tanda kasih Rabb pada hambanya dalam mendidik dan membentuk masyarakat dan ummah. tidak semuanya manis dan tidak semuanya pahit untuk dinikmati dalam satu hidangan bernama KEHIDUPAN.

Saturday, October 25, 2008

Sharing is Caring

"to gain something you've to give something or to loose something"
"flows comes in = flows comes out" - HYDRAULICS equation
"energy comes in = energy comes out" - energy mass balance
Barangkali ada yang bersetuju mahupun yang kurang bersetuju dengan pepatah di atas yang satu ketika dahulu pernah ku pelajari. buat student2 civil engineering mahupun chemical engineering pasti mahir dengan equation di atas. sedikit sebanyak equation di atas amat penting bagi dalam detail design bagi sang engineer. terutama dalam mendesign culvert, pipeline etc. jika hydraulic engineer kena measure dulu flow rate water incoming and out going plus resistant an so fort. bukan tujuan nak bersyarah hydraulic mahupun energy mass balance, namun alangkah indahnya jika semua ilmu ini dapat kita sangkut pautkan dengan AD-DEEN.
Kejadian isi dunia ini untuk kita teliti dan hayati dengan erti kata ciptaan Yang Maha Esa ini sudah barangpasti ada pengiktibaran dan hikmah yang boleh kita sedut manfaat darinya. tak kira jua kejadian, matahari, pokok, fizik, biology, law, hatta ular dan kala jengking juga memberi manfaat pada kita. Namun itu semua berbalik pada kita untuk berfikir akan semua ciptaan ALLAH dengan sifat rububiyah NYA.
Berbalik kepada equation sebentar tadi yang rasanya terlalu banyak pentafsiran yang boleh di buat dan di analisa. dalam akademik misalan, sudah pasti usaha kita amat berkait dengan kejayaan kita. agak mustahil jika kita belajar lebih kurang dan kita impikan keputusan yang outstanding. Mustahil aqli. Ada terjadi namun ia dikira khawarikul adat (bertentangan dengan adat) yang lazim nya. - boleh refer Hukum Aqal dalam kitab tauhid. Begitu juga dengan dunia DAKWAH ini yang terlalu luas medannya yang perlu sama2 kita tempuhi demi melihat ISLAM itu difahami secara kaffah. Konsep DAKWAH iaitu demi menyampaikan mengenai isi kandungan agama ALLAH ini terasa amat besar memerlukan pengorbanan disertai jaminan rintangan yang sudah pasti ditempuhi. Dalam keadaan masyarakat yang amat meruncing di tengah2 pembangunan dan kemajuan duniawi yang pesat ini, tugas para daie amat berat. berdepan muslim yang seolah2 hanya menjadikan ISLAM sebagai pakaian, buka dan tanggal, muslim yang tidak kenal solat, tidak langsung peduli membaca AL quran apatah lagi mengambil isinya, muslim yang disogok pelbagai ideologi sekularis, nasionalis, liberalis. Terasa payah juga bila difikir untuk menggalas tugas yang pernah di bawa oleh para Rasul terdahulu.
Khulasoh nya disini adalah persoalan sejauh mana kita melaksanakan kerja buat itu??? DAKWAH kita harus berjalan saban hari , minggu , bulan dan tahun. Ayuh para pemuda yang kukasihi kerana ALLAH, ayuh kita gerakkan seluruh jentera dakwah kita bangkit dan terus mara mendepani mad'u2 kita demi melihat sinar ISLAM itu bersinar dalam kelabu kemungkaran ini. AYUH....

Friday, October 17, 2008

Kemelut Pilihanraya Kampus

"dan berkata ALLAH kepada malaikat sesungguhnya aku menciptakan diatas muka bumi 'khalifah'...." AL BAQARAH


Di celah-celah kesejukan cuaca Manchester ini masih lagi ku dapat rasai kehangatan dan bahang suatu 'grand event' yang sedang berlaku di tanah air tercinta. terasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu akan peristiwa bersejarah buat semua rakan-rakan mahasiswa. kerana inilah saat penting buat seluruh mahasiswa tanah air dalam menentukan "khalifah" mereka dalam tempoh se-teneo akan datang.
Imam al mawardi dalam kitab al ahkam al sultoniyyah mentafsirkan ayat 'khalifah' itu dengan maksud mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya. mungkin ayat ini lah paling paling tepat menerobos masuk ke dalam jiwa sang pejuang kemahasiswaan dalam misi menruskan student rights. Kalimat agung ''student power" yang saban tahun bergema menerusi corong haler itu sudah pasti mahu digapai menerusi sistem demokrasi yang agak tempang ini. sudah barang pasti dua tiga minggu ini menjadi satu musim panas buat seluruh mahasiswa tanah air. Paluan gendang telah dilaungkan oleh sang SPR kampus yang menjadi hakim bagi perlawanan hebat ini yang menemukan Pro-asppirasi dan pro mahasiswa. bagi mereka, sudah pasti dalam apa jua perlawanan seharusnya mereka beraksi fi gelanggang yang sama, peraturan yang sama cuma pemain nya berbeda. namun saban tahun demokrasi mahasiswa ini tidak pernah adil dek sang referee. inilah warna-warni pilihanraya kampus sejak saban tahun di Malaysia.
Persoalannya bilakah suara mahasiswa yang menuntut demokrasi adil dan saksama ini mampu berlaku? adakah ianya satu mitos yang tidak pasti? namun begitu , persoalan yang saya suka ajukan pada rakan2 mahasiswa sekalian.. apakah niat kamu bertanding pilihanraya? adakah kita sudah siap sedia dengan segala kelengkapan untuk berada di gelanggang?.. adakah kita yakin jka menang kita mampu melaksanakan amanah dan agenda dakwah sebaik mungkin?. atau kita hanya mahu mengejar populariti dan jawatan, ataupun tradisi kita yang kita taqlidkan setiap kali muncul pilihanraya? ini semua seharusnya kita teliti dan telusuri dalam menempuh satu agenda besar dalam diari mahasiswa. soalan ini saya lempar untuk semua tak kira aspirasi mahupun pro mahasiswa.
Persoalannya nya slepas memerintah itu?? apa action plan nya?? nasib mahasiswa terus tidak terbela. isu ptptn..isu AUKU, pelajar miskin.. akademik mahasiswa merosot.. semuanya harus diingat dan direnung betul2. Kita harus jadi pejuang kebenaran dan nasib mahasiswa dan bukan berjuang untuk diri kita mahupun circle yang kita anuti sahaja. ingat teman-teman yang kukasihi. amanah ini amat perit dan berat untuk di pikul. semoga ALLAH memandu kita semua.
Buat teman-teman yang kukasihi di Tronoh, salam perjuangan buat kalian. ingatlah kata-kata ku ini. Menang tak semestinya baik buat kita, kalah tidak semestinya tidak baik buat kita. semuanya ada iktibar dan pengajarann yang dapat kita ambil mauizah darinya.

Thursday, October 16, 2008

Saturday, October 11, 2008

3 in 1

" alangkah baiknya jika ada segolongan daripada setiap firqah keluar untuk mendalami urusan agama, dan memberi inzar kaum mereka pabila pulang...." AT TAUBAH 122

Sudah barang pasti ayat di atas sudah meniti di bibir pada teman2 yang ku ingati di bumi Tronoh. namun ayat diatas diungkap semula oleh al fadil Ust Erfino Johari yang sinonim dengan rancangan "hayya bil arabiyyah" di corong radio IKIM satu ketika dahulu. pertemuan singkat kami dengan Ust yang mengupas tajuk Fiqh Perantau banyak membantu pelajar-pelajar khususnya di UK ini khussunya dalam urusan yang melibatkan feqah. kupasan soal halal haram, muamalah, solat dan puasa menjadi topik utama perbincangan kami. alhamdulillah sedikit sebannyak isu-isu muassir dapat diselesaikan.

11 oktober iaitu hari ini merupakan satu jadual padat bagi diri ini. setelah selesai slot Fiqh Perantau , kami bergegas ke Jamuan aidilfitri Manchester bertempat di Moss Side Hulme. sebuah pusat sukan yang kami sewa untuk tujuan sambutan aidilfitri. suasana amat meriah dengan gandingan 4 buah persatuan yang sudah sekian lama betapak di bumi Manchester ini. MALAYSIAN community of Old Trafford (MCOT), Malaysian student society of Manchester (MSSM) , Malaysian Community Of Cheetam Hill (MCCH) dan KUSMA. alhamdulillah, jamuan in bukan sahaja melibatkan warga Manchester bahkan dari kawasan terdekat turut hadir seperti teman2 dari Edinburgh, Birmingam, Liverpool dll.

Namun kemeriahan in kusambut seketika kerana ini hari ku terpaksa beriadah ala mua'sykar iaitu bermain rugby. mungkin sesuatu yang enak untuk di kongsi dalam 'pertempuran' kami di Trafford MV harini. Club kami (Trafford Maverick) akan berdepan dengan Gastang RUFC. apa yang menarik dalam perempuran ini adalah pada players nya. mereka mempunyai hamasah dan
daya juang yang tinggi dalam petempuran. bayangkan saya bermain bersama dengan mereka yang rata-rata berumur 30-an keatas. lebih menyentuh adalah apabila saya sempat berbual dengan seorang player yang sudah berumur 46 tahun. Namun intima' mereka dengan rugby tiak berbelah bagi. mereka tetap mahu menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk rugby. seperkara yang menarik tentang mereka adalah mereka tidak lokek berkongsi skill dan knowledge permainan . Mereka tetap memberi sokongan yang jitu pada pemain baru seperti saya, apakan tidak sebahaguan besar dari mereka amat berpengalaman, 10-20 tahun pengalaman dalam permainan ini. Adakah kita pemuda yang baru setahun jagung ini mampu bersaing? Alangkah baiknya jika semua pemuda seperti kita mempunyai daya saing yang tinggi dan meletakkan iiwa raga kita untuk perjuangan ISLAM ini... ayuh lah wahai teman kita bangkit meletakkan diri kita di barisan hadapan memikul amanah sebagai Golongan MUDA yang akan merobah dunia.

Bukan menjadikan rugby bahan utama, persoalannya marilah kita cuba kaitkan setiap inci ruang hidup ini, main kita, akademik kita, persekitaran kita dengan ISLAM. alangkah indahnya semua ciptaan Rabb itu untuk kita hayati dan telusuri.

Monday, October 6, 2008

SEJENAK DI CHEETAM HILL

" sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka peliharalah antara saudara kamu" .... : hujuraat

mungkin ayat in palng sesuai buat segnap peghuni Manchester yang baru menjejakkan kaki ke eropah ini. di kala tiada ayah ibu, abang dan adk disisi, hanya bertemankan saudara seISLAM dan seMelayu lah tempat mereka berteduh. kerinduan pada kampung halaman dapat terubat bila mana berkunjung ke sebuah tempat di utara Manchester - CHEETAM HILL
sudah lebih dua minggu saya engenali nama tempat ini dan agak kerap ke sana terutama di bulan ramadhan dan syawal ini. apa yang menarik agaknya? teringat bagaimana sirah hijratun nabi ke negri madinah lebih seribu empat ratus tahun yang lampau. dengan kepayahan hijrah nabi dengan para sahabat, sehelai sepinggang, nabi disambut meriah oleh sahabat di Madinah. inilah nilai "jil qur'anil farid' - generasi qur'an yang unik. terasa serpihan sirah itu kena pada diri ini se awal berada di bumi ini.
cheetam hill, sesuai dengan nama nya yang terletak di kawasan agak berbukit merupakan satu tempat kediaman yang indah bagi saya. dengan populasi lebih 100 keluarga Melayu yang menginap di sini, tidak hairan lah cheetam menjadi sebutan kebanyakan Melayu di UK ini. ini kerana ia terkenal dengan undangan majlis berbuka dan juga majlis hari raya ( open house). majoriti keluarga disini adalah mereka yang agak lama bermastautin di manchester untuk tujuan belajar. terutama postgrad dlm master ataupun Phd.
terasa meriah berada di sini dengan gelak tawa riang anak2 kecil yang amat fasih berbahasa inggeris memandangkan mereka bersekolah disini. komuniti disini sungguh meriah dan bersatu padu. mereka turut menubuhkan Malaysian Community Of Cheetam Hill (MCCH) dan menjadi tunggak persatuan di Manchester ini juga. mereka lah yang banyak membantu adik2 undergad dalam berbagai kesulitan termasuk megambil anak angkat bg pelajar baru terutama perempuan . maklumlah, dunia baru ini perlukan tunjuk ajar dan bantuan dari mereka yang lebih senior.
jalinan ukhuwwah ISLAM itu amat bermakna sekali. sungguhpun kita berlainan daerah, dialek percakapan di Malaysia, namun semua itu diketepikan hanya kerana rasa PERSAUDARAAN ISLAM itu mendahhulu segalanya.

Friday, October 3, 2008

THE WAY OUT

"sometimes in life, there are hardest path to went through eventhough there are option for THE WAY OUT...."
obviously in our daily life we are expecting things go smooth as we wish, as per plan although we may predict some obstacle upfront. those are the spices of life as things goes on. just like a farmer planting coconuts trees.. does he managed to expect all their trees will be harvested soon? of course the answer is NO. maybe from 100 trees only 30% is reliable and make profit. what about the others? there is no exact calculation on this matters. also apply to a businessman, if he invest in 10 potential companies, he does not expecting all the 10's will make profit. this is all what we call real life calcuation, no perfection except ALLAH.
inilah panaroma kehidupan insan yang sebenar. acapkali kita inginkan kesempurnaan dalam setiap urusan, jika berlumba lari, kita mau no 1, jika kita masak, kita nak masakan kita sedap, jika kita pelajar kita mahukan first class degree, jika kita guru kita mahukan anak murid kita faham sebagaimana kita faham. begitu juga bg seorang pendakwah, sudah barang pasti dia mahukan subjek dakwah itu sampai pada mad'u nya. namun kadang kala semua ini bukan dibawah kuasa kita. kita merancang dan usaha terbaik, namun kata putus, the ultimate decision is up to THE ALMIGHTY.
therefore , THE WAY OUT yang terbaik buat kita adalah pergantungan kita yang sesungguhnya pada ALLAH. hubungan kita dengannya harus utuh seperti tembok cina yang tidak lekang dek panas, tidak luntur dek hujan. agar bilamana hubungan itu rapat , maka kita senantiasa dibawah rahmat dan perhatianNYA. " setelah berusaha, maka bertawakkal".. itu yang terbaik

Tuesday, September 30, 2008

AID MUBARAK DALAM KENANGAN

sudah barang pasti setiap insan beragama meraikan hari2 kebesaran agama mereka pada tarikh2 tertentu setiap tahun. begitu juga as a muslim , aidilfitri merupakan hari kemenangan dan hari fitrah , nermakan suci dr segala kemungkaran setelah sebulan madrasah ramadhan mendidk dan melebur sifat mazmumah dan menggalakkan sifat mahmudah dlm proses restructuring insan bernama manusia
agak tertarik ramadhan di bumi Britain ini dengan suasana yang amat meriah. setiap masjid di manchester ini mengadakan majlis berbuka dengan niat memberi makan pada umat ISLAM di segenap manchester. mungkin pahala org memebri makan itu sama seperti org berpuasa menjadi taruhan mereka dan amalan infaq sangat subr dikalangan muslim disini yang majoritinya dr kaum arab dan pakistan/india. victoria park mosque antara tarikan student di manchester sebagai tempat berbuka dengan hidangan nasi arab, kari kambing dan susu strawberi yang amat menarik. begitu juga Mc Dougall mosque yang terletak berhampiran south campus University of Manchester. lebih meriah lagi suasana 10 akhir ramadhan yang mana masjid2 ini sibuk mempromsikan i'tikaf dan qiyamullail di masjid masing dengan menyediakan sahur. tertarik saya apabila bertandang ke masjid Didsbury yang mana dipelopori kaum arab ini dengan solat malam nya, dan sahur ala arab nya iaitu roti dan zaitun. begitulah meriahnya ramadhan di malaysia yang mana 10 akhir ramahdan org sibuk di jalan tuanku abd rahman memborong makanan dan pakaian, namun disini mereka sibuk memborong semaksimum mungkin grand sale yang ditawarkan oleh ALLAH di bulan ramadhan.
akhirnya aidilfitri muncul dan ramadhan pergi meninggalkan kita. 30 september 2008 merupakan tarikh hari raya bagi Great Britain seperti diumumkan central mosque London mlm td. kami semua pelajar Malaysia terus bersiap2 untuk keluar bertakbir dr rumah ke rumah. kemeriahan kami kongsi bersama. namun saya agak sedih kerana malam raya ini saya dilanda demam dan selesema yang agak teruk. diikuti pagi syawal yang mana merupakan hari pertama sesi kelas bg MSc saya di renolds building dengan keadaan hujan lebat dan kesejukan, saya redahi utk solat sunat raya di masjid furqan dan kemudian terus ke kelas. memoir syawal di manchester ini amat terpahat buat kenangan diri ini

Sunday, September 28, 2008

DARI TRONOH KE MANCHESTEE

" Tuntut lah ilmu sehingga ke negeri China"... itulah petikan hadis nabi SAW yang amat masyhur bagi seluruh umat ISLAM. tika di zaman nabi, negeri China dianggap amat jauh tempatnya dengan kadar tika itu yang hannya berkenderaan kan unta dan keldai.. amat jah negeri China itu. Namun apakah sgnifikan nya menuntut ilmu dan negeri yang amat jauh itu?
Mungkin hadis inilah yang telah banayk mendorong saya untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu yang tak sudah ini. sudah pasti bagi seluruh kaum muda mengakui ILMU adalah satu perkara asas dan wajib dalam kehidupan. hatta nabi kita di awal kerasulan diutuskan dengan 'IQRA'.. baca..baca..baca. tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad. sungguh luas ILMU Yang Maha Esa sehingga tiada sempadannya. Kita hanya mampu mencedok sekelumit darinya didunia ini.
Perjalanan ku ke bumi Gordon Brown ini merupakan langkah awal buat diri yang naive ini untuk mengenali luasnya muka bumi ALLAH ini yang tidak tercapai dek aqal yang sempit ini. inilah hakikat insan yang lemah. bilamana berada di suatu tempat yang jauh dari segala yang biaa, bilamana jah dr nikmat yang biasa didapati maka TUHAN lah tempat palin dekat dihati. mungkin ini pengajaran pertama buatku.
Suasana dan medan di sini jauh berbeza dengan tanah air tercinta. Masyarakat nya, budaya nya, adab penduduk nya, cuaca nya dan berbagai yg lainnya. dari org tua hingga ke kanak-kanak mereka semuanya saling memberi satu ilmu yang baru padaku. gaya percakapan, body language, semuanya agak baru bg diri ini.
Moga hari2 mendatang ini dapat ku tempuhi dengan kesabaran dan tetap imanku, masih byk ilmu yg perlu ku pelajari di bumi yg penuh cabaran ini.

SAMA TAPI TAK SERUPA


Muqaddimah


Alhamdulillahi wahidil QAHHAR, segala puji buat TUHAN pemilik alam buana ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi AKHIR ZAMAN. Setinggi rafa’ dan sembah buat RABB yang memiliki segala sifat kesempurnaan atas perkenanNYA kita masih lagi diberi peluang untuk menghela nafas ini.


“ apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit”

at taubah 38

Warkah ini menyingkap sedikit sebanyak perjalanan kehidupan seorang HAMBA yang mengharapkan TUHAN dengan memilih jalan yang sukar diterima aqal leh kebanyakan makhluq TUHAN. Mungkin jalan yang dipilih itu dilihat jelek dan mustahil bagi segolongan manusia namun itulah SIRAT MUSTAQIM yang diyaqini oleh segolongan manusia yang amat mengharap redho TUHANnya.

Coretan serta tarian pena yang mengukir warkah ini semata-mata satu bingkisan dan hadiah kenangan buat teman-teman ku yang di kasihi. Seqadar titipan ikhlas dariku buat azimat kalian.Moga ALLAH merahmati dan memandu kita semua dengan RAHMAN dan RAHIMNYA yang amat kita rindukan. Ku mohon ampun dari ALLAH serta maaf dari kalian atas segala kedangkalan hamba yang hina ini.


Al- faqir ila rabbihi




Life cycle


Bermula kitaran kehidupan seekor rama-rama bermula dengan sebutir telur yang kemudian transformasi nya kepada seekor ulat beluncas. Ulat yang dilihat jijik siapa sangka kemudian bertukar kepada seekor rama-rama yang mampu terbang serta amat indah di pandangan mata. Jika aqal mentaksir, sudah barang pasti tidak ada logika nya seekor ulat yang lembap dan agak hodoh mampu terbang tinggi serta mempnyai rupa paras yang cantik.

Begitu juga putaran seekor katak yang hanya bermula dengan sebutir telur yang kemudian beralih kepada seekor berudu yang hanya mampu berenang di alam air. Namun siapa sangka berudu mampu berubah kepada sang katak yang hidup dua alam. Mampu berenang dan melompat ke sana kemari, mampu menjegah di celah-celah bilik air kita….

Inilah sunnatullah , MAHA bijaksana, MAHA berkehendak RAJA pemilik kerajaan langit dan bumi. Subhanallah.

Begitulah hendaknya putaran kehidupan insan bernama manusia yang juga berasal dari titisan air mani. Setitis air mampu melahirkan seorang jurutera, doctor, saintis ,angkasawan dan sebagainya. Cuma bezanya adalah pada tahap ketaqwaan hamba itu. Bermula dari segumpal darah,segumpal daging, tulang, daging membaluti tulang hinggalah ditiup kan roh kedalam jasad. Inilah noktah bidayah kehidupan seorang hamba.

Kelahiran insan ke muka bumi ini menjadi satu khabar gembira buat segenap isi dunia. Kelahiran cucu ADAM alaihissalam ini bakal menjadi zuriat penyambung generasi manusia di muka bumi. Lahirlah seorang ‘khalifah’ seperti firman ALLAH dalam surah al-baqarah. Bermula zaman kanak-kanak dan era pra-sekolah hingga ke menara gading merupakan medan pendidikan yang cukup penting bagi manusia. Disinilah ilmu di kaut semahunya sebagai pra syarat kepada survival kerjaya. Disinilah juga pembentukan akhlaq dan peribadi dibentuk dan di acu mengikut acuan yang dimahukan. Sejurus menjeja kaki ke alam pekerjaan, rumah tangga, beranak pinak dan memiliki segala keperluan hidup, rumah, kereta , saham, harta dan sebagainya. Inilah perjalanan hidup atau life cycle insane bernama manusia.


Namun adakah life cycle kita serupa dengan kehidupan rama-rama tadi? Hidup untuk mencari makan dan survival kehidupan di dunia. Adakah 5 tahun kita di menara gading hanya untuk menggengam segulung ijazah?


“Kerja gila”

“Now, we are at the end of the class… I have one simple question for you guys…what is your memorable things happen during your 5 years in campus?” soal Dr Amirhossein, pensyarah subjek marine pollution. Tersentak sejenak dengan soalan itu yang hadir tanpa disangka. Rakan-rakan bingkas menjawab…” exam”….” Couple”.. dan banyak lagi. Namun soalan ini yang membuatkan saya terfikir serta bertafakur lama untuk mencari jawapannya. Nah, coretan ini merupakan susulan jawapan yang inginkan coretkan untuk diriku sendiri.

Mungkin insan sebaya dengan ku mempunyai pengalaman dan kenangan terindah yang agak berbeza dengan diri ini. Di saat-saat terakhir di kampus ini, kerap ku berfikir apakah kenangan indah mereka selama 5 tahun di sini? Bersama kawan-kawan…. Memepunyai ramai girlfriend… score 4 flat…join event dan sebagainya mungkin jawapan yang terpancul keluar dari bibir mereka. Bagaimana pula life cycle mereka selama separuh dekad berada di sini?

“ aku kena ke KL malam ni , ada urusan skit”…kataku pada seorang rakan segroup ketika kami berbincang untuk present project strategic management esoknya. “ ko nak ke KL? , balik bila?” soalnya. “ malam ni juga” .. jawabku. “ mlm ni! Ko gila ker?” ….ujarnya. begitulah helah ku untuk meloloskan diri menghadiri mesyuaratdi KL sedangkan esok paginya kami perlu present project. Hakikatnya ini semua dianggap kerja gila oleh mereka. Masakan tidak, jarak perjalanan hamper 200km dari ipoh ke KL itu hanya ku redah untuk menghadiri mesyuarat yang hanya memakan masa 2 jam. Sesuatu perkara yang tak dapat diterima aqal mereka yang tidak bersama perjuangan ISLAM.

Friday, September 26, 2008

MENCARI LAILATUL QADAR YANG BELUM DITEMUI

Mencari Lailatulqadar yang belum ditemui
LanH Thu Sep 25, 08 6:13:13 pm MYT
Ramadan berbaki beberapa hari lagi. Lima, 4, 3, 2, 1 dan Aidilfitri. Akhirnya Ramadan yang penuh barakah, jaminan pengampunan dan pembebasan daripada api neraka itu meninggalkan kita. Sebelum Ramadan ini berakhir, tiba-tiba terlintas di hati saya untuk mengisi kolum ini yang saya sudah tinggalkan sejak dua bulan lalu.

Tentunya saya beralasan sibuk sejak Harakah terbit dua kali seminggu sejak pertengahan Ogos lalu. Tetapi pada akhir Ramadan ini, dalam kesibukan itu saya teruja membuat sedikit bakti dalam dunia penulisan ini, moga-moga ia ada manfaatnya dan dapat menolong saya di alam sana.
Kesedaran menulis datang selepas saya mendengar tazkirah zuhur hari ini (25 Ramadan/25 September). Pada kuliah itu, ustaz terbabit menyatakan jika keseronokan atau keasyikan Ramadan sudah menguasai jiwa barulah puasa kita membawa erti. Jika tidak, dikhuatiri puasa kita hanyalah sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau lebih tinggi sedikit iaitu menahan anggota diri daripada perkara-perkara bukan hak.
Bagaimana mahu mendatangkan keasyikan Ramadan? Ustaz itu mengkiaskan tingkah laku seorang peminat bola sepak, katakan penyokong tegar Perak. Penyokong ini bekerja di Kuala Lumpur, tetapi kerana fanatiknya kepada pasukan Perak, di mana saja ada perlawanan membabitkan pasukan ini , akan dihadirinya. Jika pasukan Yob ditakdirkan bermain di Pulau Pinang, peminat tegar ini akan melakukan apa saja supaya dia dapat ke sana.
Kalau perlu menipu untuk mendapat cuti, dia akan lakukan. Kalau tiada kenderaan, yang ada cuma sebuah motosikal Cup, dia sanggup menunggang dari KL ke Ipoh atau Pulau Pinang. Panas, hujan malah sakit, tidak dipedulikannya. Yang penting dia mesti menyaksikan pemain Yob beraksi. Cintanya kepada pasukan Yob sudah menjadikan dia begitu. Dia sudah asyik dengan dunia bola dan Yobnya.
Bagaimana mahu asyik dengan Ramadan? Ini soalan sukar dijawab. Ustaz itu berkata, orang yang sudah asyik mahsyuk dengan Ramadan, tidak peduli apa lagi. Kuih raya ke, baju raya ke, duit raya ke, semuanya tidak ada dalam kamus mereka. Sebaliknya mereka cukup cemas dengan ibadat dan penghambaan terhadap Yang Maha Kuasa kerana Ramadan semakin hari semakin menuju penghabisan, macam 'countdown' 5,4,3,1 dan Aidilfitri.
Demikianlah, orang yang asyik dengan Ramadan berasa sedih kerana ia akan berlalu. Tetapi kita ini, termasuk saya sebagai orang awam bagaimana pula? Kita pun tidak sabar dengan 'countdown' 5,4,3,2,1 tetapi akhirannya akan berbunyi 'Hip-hip horee, hip-hip horee, Esok hari raya!' Itulah saya dan sebahagian kita pada era 'jahiliah' (semasa zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa) dulu, tetapi kini saya mulai termenung memikirkan betapa tersasar jauhnya kita dalam menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.
Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui. Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan kelas-kelas pengajian di masjid sejak beberapa tahun lalu. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini.
Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT. Tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta - daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Tataplah akhbar, terpapar kisah makanan dan penyediaan makanan. Gerai menjual makanan muncul di sana sini. Kisah ayam percik, kisah tahi itik, semuanya mewarnai Ramadan.Seolah-olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan.
Tidak cukup dengan itu muncullah buffet Ramadan di restoran, di hotel. Makan dan makanlah. Ramadan adalah untuk menahan nafsu termasuk mengekang makan dan minum tetapi Ramadan nampaknya adalah bulan untuk memuaskan nafsu makan. Kalau pada siang hari nafsu itu tidak dapat dipuaskan, tidak mengapalah, pada malam hari ia boleh dipuaskan, sepuas-puasnya.
Kemudian muncul pula bazar Ramadan, pasar Ramadan, 'sale' Ramadan dan bermacam-macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Ramadan. Ramadan itu adalah untuk mengekang nafsu, tetapi nampaknya Ramadan adalah bulan untuk memuaskan nafsu. Nafsu membeli memuncak pada Ramadan, set perabot yang tidak pernah bertukar boleh bertukar pada Ramadan, langsir yang ok ditukar juga pada Ramadan, peti sejuk yang ok pun ditukar baru, kereta yang ok jadi tak ok pada Ramadan kerana mahu ditukar; malah rumah pun kalau boleh mahu ditukar Ramadan ini.
Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan. Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini. Mereka tidak suruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, tetapi mereka menyuruh orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul.
Seorang pemimpin sebuah negeri di selatan tanah air, dalam mempromosi aspek pelancongan, mengerahkan penduduk kampung memasang pelita, sebuah kampung dilaporkan menang dan mendapat hadiah lumayan selepas kira-kira 40,000 pelita menerangi kawasannya.
Bayangkan berapa banyak kos diperlukan dan apa yang dapat dikatakan tentang perbuatan membazir amalan syaitan ini? Seorang uztaz mengingatkan pemasangan pelita dengan niat dan pandangan terpesong misalnya percaya ia boleh memudahkan arwah saudara-mara kembali ke rumah masing-masing adalah perbuatan syirik dan merosakkan akidah. Orang taat sibuk dengan solat dan mengenang dosa diri dan nasib dalam kubur, ada penduduk kampung termasuk veteran sibuk bermain cahaya ribuan pelita tujuh likur.
Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen. Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari.
Berakhir Ramadan, pesta makan-makan berlanjutan, sebulan lamanya. Yalah, kata mereka Syawal itu sebulan lamanya. Jadilah orang Melayu berpaksi kepada makan minum, berpesta, berhibur; pengajaran Ramadan tidak langsung melekat di hati mereka.
Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad.
Mungkin pada usia tua seperti saya ini barulah timbul sedikit kesedaran bahawa Ramadan dan Aidilfitri yang bermati-matian kita raikan itu adalah tersasar daripada kehendak Islam. Islam tidak menyuruh kita bergolok gadai memenuh dan mengisi nafsu menyambutnya tetapi ada peraturan, tata cara dan disiplinnya.
Tujuan Ramadan adalah untuk menghasilkan insan bertakwa dan tawaran Allah SWT, menjanjikan pengampunan dan bebas daripada api neraka sewajarnya menjadi buruan setiap Muslim.
Itulah yang baru saya ketahui sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya termenung memikirkan betapa sesat dan songsangnya saya selama ini. Mungkin itu antara sebab mengapa Lailatulqadar yang saya cari, belum terjumpa lagi

Wednesday, July 16, 2008

" HIMPUNAN AMAN MAHASISWA MALAYSIA


- NEGARAKU MALAYSIA SELAMAT ATAU KHIANAT -


MAHASISWA MENUNTUT KEPIMPINAN MALAYSIA YANG ADIL DAN BEAMANAH


TARIKH : 18 JULAI 2008 /JUMAAT

TEMPAT : MASJID AR RAHMANIYYAH (UM)

MASA: 2 PETANG

Tuesday, July 15, 2008

penderitaan rakyat

EURO 2008 telah menyaksikan satu persembahan hambar oleh jaguh2 dari benua eropah. seawal penyingkiran ENGLAND dalam pusingan kelayakan. disusuli kelibat rasaksa eropah seperti Perancis, Belanda dan alain2 yang turut mengecewakan. malah, persembahan di peringkat final antara spain dan germany juga tidak seperti dijangka. persembahan mereka dilihat tidak wajar dan kurang menyengat memandangkan mereka merupakan jagoan bola sepak bertaraf dunia.

itu cerita bola sepak, bagaimana pula bila kita cuba analaogi kan pemain bola sepak dengan seorang menteri berdepan dengan bekas timbalan perdana menteri malam tadi. mungkin anda mempunyai pandangan dan intrepretasi masing2 dalam hal ini. sebelum menyentuh mengenai isi perdebatan ini, kita lihat dulu beberapa perkara yang menjadi persoalan sebelum perbahasan :

1) mengapa debat diadakan di dewan bahasa dan bukan di tempat terbuka spt stadium etc?
2) mengapa anwar dipilih mewakili pembangkang dan bukan ketua pembangkang?
3) adakah shabery chik wakil kerajaan yang paling tepat untuk berdepan isu MINYAK?
4) kebebasan media sudah terlaksanakah dengan hanya menyiarkan debat secara "live" di TV 9
5) pastikah johan jaafar org paling adil sebagai moderator debat?


" HARI INI KERAJAAN MEMERINTAH , ESOK MINYAK TURUN"


laungan ini menjadi tajuk pilihan debat antara pemimpin de facto PKR dan Menteri Penerangan yang baru: datuk shabery chik. TV3 dalam buletin utama , 1 jam sebelum debat telah memaklumkan keuntungan Petronas sebanyak RM61 billion selepas cukai dan lain2 expanses. sejak 1974, Petronas telah memberi pada kerajaan sebanyak RM234billion dan pada tahun ini sahaja 4.8billion diperuntukkan untuk kerajaan negeri sebagai royalti. pengumuman ini telah memberi kredit besar buat rakyat dan pendebat untuk memanipulasi isu ini yang dilihat memihak kepada Pakata Rakyat. adakah ini percaturan ,Menteri Penerangan??

persoalannya adalah.. dimanakah duit keuntungan ini dibelanjakan oleh kerajaan? permasalahan nya adalah pengurusan harta kekayaan negara ini adakah di urus tadbir dengan bijaksana dan cermat? masalah yang utama adalah penderitaan rakyat. pimpinan kerajaan terus menerus mempertahankan keputusan kabinet seolah2 keputusan itu tiada kompromi fdan tidak langsung menyelami perasaan dan rintihan rakyat. keringat peluh kepayahan rakyat dari golongan nelayan yang terpaksa meredah lautan ombak, petani yang terpaksa membanting tulang di tengah mentari panas hanya kerana mereka ini mahu mencari sesuap nasi buat diri dan keluarga. kenaikan mendadak harga minyak sudah pasti menambah derita yang belum pasti bila sudah nya. ibarat sudah jatuh di timpa tangga. adakah pemimpin kerajaan benar2 menyelami hal ini??? rakyat terus derita, terus terseksa dan kesannya ekonomi negara akan merudum. beras naik dari RM 17.00/10KILO kepada RM29.00/10KILO. apa rakyat mahu makan?


" apa nasib mahasiswa"


ayuh la golongan pemuda kita fikirkan nasib masa depan kita.. mampukah kita menyara anak isteri dalam keadaan minyak pada harga RM 4.00/liter kelak, beras RM 40.00/10kilo. ini persoalan nya. inflasi rate pada tahun 2006 bila mana minyak naik 30sen adalah pada kadar 4.5%, dan bilamana pada bulan ke -2 selepas dinaikkan 70 sen , inflasi naik ke paras 8%. kadar ini akan terus meningkat kerana ekonomi rakyat negara kita terkesan dengan kenaikan minyak. pendek kata, minyak naik, inflasi turut naik.

apa nasib mahasiswa, kesan terhadap kos pembelajaran kita, duit makan meningkat, pengangkutan meningkat, duit buku meningkat, duit sewa rumah/hostel meningkat. apakah mampu kita meneruskan pembelajaran kita 2-3 tahun akan datang dengan begini keadaan nya. bagaimana dengan cas PTPTN. bagaimana golongan muda mahu teruskan pelajaran jika kos terlalu tinggi. sekaligus ruang pendidikan akan terkesan dengan kenaikan harga minyak ini. ibu bapa tidak mampu menghantar anak2 ke IPT/IPTA atau kalau mampu pu, mereka akan BERHUTANG.....

kokokan ayam muda

Debat: Sampai Berbueh Mulut Shaberry

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shaberry Chik tidak sepadan. Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shaberry, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini. Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya. Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka. Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini. Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh. Bagi Shaberry dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri. Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shaberry meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.

Jelas sekali pada semua pusingan Shaberry tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya. Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shaberry sendiri.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shaberry. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya. Kesanggupan itu satu kehebatan Shaberry sebenarnya.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabrry. Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shaberry berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shaberry yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shaberry merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shaberry Datuk Shaberry. Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shaberry yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku. Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shaberry hanya dua (**) saja. [kl.wk. 10:35 pm 15/07/08]

Tuesday, July 8, 2008

PROTES

salam pertemuan...

menyingkap kembali tarikh 6 julai 2008 yang lalu . gelombang sang merah melanda bumi kelana jaya. aura kebangkitan rakyat turut dirasai segenap pelosok tanah air... kehadiran segenap lapisan masyarakat tak kira tua mahupun muda menerjah ke ruang stadium semi satu misi dan matlamat "harga minyal wajib diturunkan"... si emak gigih mengendong si anak berbatu2 , si atuk mengheret sang cucu jauh berkilometer di bawah panahan matahari . menitis peluh keramat , mereka yang datang jauh neratus batu dari utara, selatan dam timur tanah air demi untuk menterjemahkan rasa tyang terbuku di hati. jeritan hati ini di harap mampu didengari kerajaan di medan PROTES ini.

sudah lama mereka merasai kepayahan dan keperitan hidup. bergelumang dengan keperitan yang belum tahu bila tiba kesudahan. dengarlah rintihan kamo ini wahai "pemimpin ku tyang adil"

Sunday, June 29, 2008

abstract

salam sejahtera dan salam perkenalan wahai kaum muda

syukur kita pada TUHAN yang menjadikan dan memberi ruang pada kita untuk bernafas dan menapak di atas lapangan muka bumi ini. inilah secebis pinjaman dari Rabbi buat abdi yang hina ini. selawat dan salam buat panglima ulung , teladan buat PEMUDA, nabi muhammad s.a.w

ruangan blog ini tercetus untuk membuka lebaran baru buat seluruh PEMUDA dan BELIA mencetuskan idea2 serta garapan realistik dalam apa jua isu , bidang dan cakupan yang menyentuh jiwa raga orang MUDA. kerana kita mahu seluruh isi dunia mengetahui kewujudan dan kewibawaan golongan MUDA yang menjadi akar umbi pembinaan masyarakat.

pemikiran yang kritis, semangat yang kental serta keberanian bagaikan sang singa menjadi rencah utama permainan kaum MUDA. inilah kelebihan dan 'extra value' yang di anugerah TUHAN buat kaum muda. kitalah yang mampu mengoptimumkan kelebihan aqal, fizikal dan spiritual untuk di gembleng dan diadun menjadi suatu bentuk gelombang yang mampu meruntuhkan tembok konkrit ciptaan manusia.

benarlah kata2 pak karno : " berilah aku 10 orang pemuda , nescaya akan ku gegarkan dunia" mungkin inilah satu bentuk harapan dan taklifan buat kaum MUDA untuk bangkit menyatakan kebenaran dan haq demi mecahkan tembok kezaliman dan batil.

akhir kata.. sama-sama kita menghayati kekuatan 'aqal, fizikal dan spiritual' suatu kaum yang dipilih rabbul jalil serta dicatat kisahnya dalam kitab suci al-qur'an:

" sesungguhnya inilah pemuda yang beriman dengan tuhannya dan ditambahkan hidayah ... direbatkan hati mereka bilamana berdepan dengan raja yang zalim dan mereka berkata : tuhan kami tuhan langit dan bumi "


ayuh wahai PEMUDA dan BELIA.. kita bangkit dari lena tidur selama ini , bangkit memberi lontaran pemikiran kebenaran kita dan tunjukkan pada dunia kitalah PEMUDA sebenar yang mahu menyatakan kebenaran dan haq demi menghancurkan kezaliman dan kebatilan.