Tuesday, February 10, 2009

HARTA PANGKAT DAN KEKAYAAN

assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua

terasa lama benar jari jemari ini tidak menari di atas papan keyboard ini setelah pelbagai dugaan dan rintangan yang berlaku ke atas diri ini. namun kesemua dugaan yang ku lalui sepurnama lalu tidaklah setara mana jka dibanding 2 isu besar yangs edang melanda UMMAH pada saat dan ketika ini. Isu yang sudah pasti menggigit dan mencengkam sanubari mereka bernama INSAN terutama MUSLIM. Tragedi Massacre in GAZA , PALESTIN menjadi sejarah pahit umat ISLAM di kala menyambut tahun baru 2009. Peringatan ALLAH itu tiba di awal tahun buat seluruh ummat manusia di seluruh dunia. Trajedi GAZA kesekian kali nya membuka mata kita akan kezaliman dan kejahatan ISRAEL laknatullah alaikum. Bagaimana kanak2 terbunuh, wanita teranayai, mereka hiang ibu, bapa, saudara, tempat tinggal dalam sekelip mata. Penyiksaan spiritual dan mental menjadi kesan jangka masa panjang yang sukar dilupakan oleh seluruh warga Palestin dan Umat ISLAM seluruh dunia. lebih 1000 org yang terbunuh di GAZA perlu di tebus oleh kita semua umat ISLAM kerana maruah ISLAM tercalar oelh puak YAHUDI. kita harus bangkit dari lena kita selama ini dengan segala kemewahan , harta , makanan yang cukup kepada suatu usaha bersungguh menentang kezaliman YAHUDI dan sekutunya. sampai bila ISLAM mahu di tindas jika kita tidak bangkit. Tragedi GAZA menunjukkan pada kita bagaimana kanak2 kecil juga sudah tahu mengangkat senjata dan menyatakan kecaman pada YAHUDI atas tindakan kejam mereka. Waluapun media seperti TV3 menyatakan semangat 'nasionalis' Palestin tinggi. walhal bukan itu hakikatnya, hakikatnya ISLAM yang menjadi taruhan kita. ISLAM yang perlu dijaga maruah dan ketinggian nya.
Beralih ke tanah air tercinta, terguris hati ini bak dihiris sembilu pabila melihat ragam PUAK NASIONALIS yang gilakan harta pangkat dan kuasa. tidak sedikit pun ruang waktu mereka terlepas dari merangka dan merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR di PERAK. mengapa begitu hasad dan busuk hati mereka sanggup perlakukan sedemikian rupa? untuk apa? duit? harta? kuasa? atau mereka mahu menutup MALU yang kian menebal atas kekalahan di dua PRK sebelum ini. walau bagaimana pun ini bukan perkara biasa oeh puak mereka. mereka pernah berbuat demikian pada PAS di era 70-an ketika merampas Kelantan dan juga di Sabah ketika merampas Sabah dari PBS pada ketika itu dengan menyekat majlis angkat sumpah EXCO. Kejam mereka, tidak berhati perut. Apakah yang menguasai jiwa mereka sehingga sanggup berbuat demikian? Lebih malang pabila pasukan keselamatan di kerah sedaya upaya bertempur dengan rakyat yang berhimpun menyatakan rasa hati yang benci akan kezaliman mereka. apakah mereka fikr rakyat dapat menerima kerajaan baru tajaan mereka di Perak? nantikanlah suara rakyat dalam PRK Bukit Gantang. Pasti mereka terduduk rebah menyembah bumi. inilah bilamana hati dan jiwa di kuasai nafsu dan syaitan , apa saja boleh dilakukan demi memuasakan semua itu.
Saya tidak fikir Datuk Seri Nizar Jamaluddin kemaruk pangkat dan harta sehinggan tidak mahu melepaskan jawatan MB. Beliau dan Parti nya sudah biasa kalah, sudah biasa di tipu, sudah bisa dengan sepak terajang politik yang dimainkan musuhnya. Namun lebih jauh dari itu beliau sedang sedaya upaya mempertahankan ISLAM. kerana beliau mahu ISLAM terus memerintah di Perak dan bukan 'kerajaan haram' yang mengaku ISLAM tetapi menaja nasionalis dan mengikut hawa nafsu. lihatlah, seluruh Malaysia berdemonstarsi konon membela Sultan dan Melayu. inilah sentimen perkauman caturan mereka yang pada hakikatnya menolak ISLAM.
ALLAHU AKBAR... bantulah kami dan PejuanG2 AGAMA MU ya ALLAH..