Sunday, June 29, 2008

abstract

salam sejahtera dan salam perkenalan wahai kaum muda

syukur kita pada TUHAN yang menjadikan dan memberi ruang pada kita untuk bernafas dan menapak di atas lapangan muka bumi ini. inilah secebis pinjaman dari Rabbi buat abdi yang hina ini. selawat dan salam buat panglima ulung , teladan buat PEMUDA, nabi muhammad s.a.w

ruangan blog ini tercetus untuk membuka lebaran baru buat seluruh PEMUDA dan BELIA mencetuskan idea2 serta garapan realistik dalam apa jua isu , bidang dan cakupan yang menyentuh jiwa raga orang MUDA. kerana kita mahu seluruh isi dunia mengetahui kewujudan dan kewibawaan golongan MUDA yang menjadi akar umbi pembinaan masyarakat.

pemikiran yang kritis, semangat yang kental serta keberanian bagaikan sang singa menjadi rencah utama permainan kaum MUDA. inilah kelebihan dan 'extra value' yang di anugerah TUHAN buat kaum muda. kitalah yang mampu mengoptimumkan kelebihan aqal, fizikal dan spiritual untuk di gembleng dan diadun menjadi suatu bentuk gelombang yang mampu meruntuhkan tembok konkrit ciptaan manusia.

benarlah kata2 pak karno : " berilah aku 10 orang pemuda , nescaya akan ku gegarkan dunia" mungkin inilah satu bentuk harapan dan taklifan buat kaum MUDA untuk bangkit menyatakan kebenaran dan haq demi mecahkan tembok kezaliman dan batil.

akhir kata.. sama-sama kita menghayati kekuatan 'aqal, fizikal dan spiritual' suatu kaum yang dipilih rabbul jalil serta dicatat kisahnya dalam kitab suci al-qur'an:

" sesungguhnya inilah pemuda yang beriman dengan tuhannya dan ditambahkan hidayah ... direbatkan hati mereka bilamana berdepan dengan raja yang zalim dan mereka berkata : tuhan kami tuhan langit dan bumi "


ayuh wahai PEMUDA dan BELIA.. kita bangkit dari lena tidur selama ini , bangkit memberi lontaran pemikiran kebenaran kita dan tunjukkan pada dunia kitalah PEMUDA sebenar yang mahu menyatakan kebenaran dan haq demi menghancurkan kezaliman dan kebatilan.