Tuesday, September 30, 2008

AID MUBARAK DALAM KENANGAN

sudah barang pasti setiap insan beragama meraikan hari2 kebesaran agama mereka pada tarikh2 tertentu setiap tahun. begitu juga as a muslim , aidilfitri merupakan hari kemenangan dan hari fitrah , nermakan suci dr segala kemungkaran setelah sebulan madrasah ramadhan mendidk dan melebur sifat mazmumah dan menggalakkan sifat mahmudah dlm proses restructuring insan bernama manusia
agak tertarik ramadhan di bumi Britain ini dengan suasana yang amat meriah. setiap masjid di manchester ini mengadakan majlis berbuka dengan niat memberi makan pada umat ISLAM di segenap manchester. mungkin pahala org memebri makan itu sama seperti org berpuasa menjadi taruhan mereka dan amalan infaq sangat subr dikalangan muslim disini yang majoritinya dr kaum arab dan pakistan/india. victoria park mosque antara tarikan student di manchester sebagai tempat berbuka dengan hidangan nasi arab, kari kambing dan susu strawberi yang amat menarik. begitu juga Mc Dougall mosque yang terletak berhampiran south campus University of Manchester. lebih meriah lagi suasana 10 akhir ramadhan yang mana masjid2 ini sibuk mempromsikan i'tikaf dan qiyamullail di masjid masing dengan menyediakan sahur. tertarik saya apabila bertandang ke masjid Didsbury yang mana dipelopori kaum arab ini dengan solat malam nya, dan sahur ala arab nya iaitu roti dan zaitun. begitulah meriahnya ramadhan di malaysia yang mana 10 akhir ramahdan org sibuk di jalan tuanku abd rahman memborong makanan dan pakaian, namun disini mereka sibuk memborong semaksimum mungkin grand sale yang ditawarkan oleh ALLAH di bulan ramadhan.
akhirnya aidilfitri muncul dan ramadhan pergi meninggalkan kita. 30 september 2008 merupakan tarikh hari raya bagi Great Britain seperti diumumkan central mosque London mlm td. kami semua pelajar Malaysia terus bersiap2 untuk keluar bertakbir dr rumah ke rumah. kemeriahan kami kongsi bersama. namun saya agak sedih kerana malam raya ini saya dilanda demam dan selesema yang agak teruk. diikuti pagi syawal yang mana merupakan hari pertama sesi kelas bg MSc saya di renolds building dengan keadaan hujan lebat dan kesejukan, saya redahi utk solat sunat raya di masjid furqan dan kemudian terus ke kelas. memoir syawal di manchester ini amat terpahat buat kenangan diri ini

Sunday, September 28, 2008

DARI TRONOH KE MANCHESTEE

" Tuntut lah ilmu sehingga ke negeri China"... itulah petikan hadis nabi SAW yang amat masyhur bagi seluruh umat ISLAM. tika di zaman nabi, negeri China dianggap amat jauh tempatnya dengan kadar tika itu yang hannya berkenderaan kan unta dan keldai.. amat jah negeri China itu. Namun apakah sgnifikan nya menuntut ilmu dan negeri yang amat jauh itu?
Mungkin hadis inilah yang telah banayk mendorong saya untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu yang tak sudah ini. sudah pasti bagi seluruh kaum muda mengakui ILMU adalah satu perkara asas dan wajib dalam kehidupan. hatta nabi kita di awal kerasulan diutuskan dengan 'IQRA'.. baca..baca..baca. tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad. sungguh luas ILMU Yang Maha Esa sehingga tiada sempadannya. Kita hanya mampu mencedok sekelumit darinya didunia ini.
Perjalanan ku ke bumi Gordon Brown ini merupakan langkah awal buat diri yang naive ini untuk mengenali luasnya muka bumi ALLAH ini yang tidak tercapai dek aqal yang sempit ini. inilah hakikat insan yang lemah. bilamana berada di suatu tempat yang jauh dari segala yang biaa, bilamana jah dr nikmat yang biasa didapati maka TUHAN lah tempat palin dekat dihati. mungkin ini pengajaran pertama buatku.
Suasana dan medan di sini jauh berbeza dengan tanah air tercinta. Masyarakat nya, budaya nya, adab penduduk nya, cuaca nya dan berbagai yg lainnya. dari org tua hingga ke kanak-kanak mereka semuanya saling memberi satu ilmu yang baru padaku. gaya percakapan, body language, semuanya agak baru bg diri ini.
Moga hari2 mendatang ini dapat ku tempuhi dengan kesabaran dan tetap imanku, masih byk ilmu yg perlu ku pelajari di bumi yg penuh cabaran ini.

SAMA TAPI TAK SERUPA


Muqaddimah


Alhamdulillahi wahidil QAHHAR, segala puji buat TUHAN pemilik alam buana ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi AKHIR ZAMAN. Setinggi rafa’ dan sembah buat RABB yang memiliki segala sifat kesempurnaan atas perkenanNYA kita masih lagi diberi peluang untuk menghela nafas ini.


“ apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit”

at taubah 38

Warkah ini menyingkap sedikit sebanyak perjalanan kehidupan seorang HAMBA yang mengharapkan TUHAN dengan memilih jalan yang sukar diterima aqal leh kebanyakan makhluq TUHAN. Mungkin jalan yang dipilih itu dilihat jelek dan mustahil bagi segolongan manusia namun itulah SIRAT MUSTAQIM yang diyaqini oleh segolongan manusia yang amat mengharap redho TUHANnya.

Coretan serta tarian pena yang mengukir warkah ini semata-mata satu bingkisan dan hadiah kenangan buat teman-teman ku yang di kasihi. Seqadar titipan ikhlas dariku buat azimat kalian.Moga ALLAH merahmati dan memandu kita semua dengan RAHMAN dan RAHIMNYA yang amat kita rindukan. Ku mohon ampun dari ALLAH serta maaf dari kalian atas segala kedangkalan hamba yang hina ini.


Al- faqir ila rabbihi




Life cycle


Bermula kitaran kehidupan seekor rama-rama bermula dengan sebutir telur yang kemudian transformasi nya kepada seekor ulat beluncas. Ulat yang dilihat jijik siapa sangka kemudian bertukar kepada seekor rama-rama yang mampu terbang serta amat indah di pandangan mata. Jika aqal mentaksir, sudah barang pasti tidak ada logika nya seekor ulat yang lembap dan agak hodoh mampu terbang tinggi serta mempnyai rupa paras yang cantik.

Begitu juga putaran seekor katak yang hanya bermula dengan sebutir telur yang kemudian beralih kepada seekor berudu yang hanya mampu berenang di alam air. Namun siapa sangka berudu mampu berubah kepada sang katak yang hidup dua alam. Mampu berenang dan melompat ke sana kemari, mampu menjegah di celah-celah bilik air kita….

Inilah sunnatullah , MAHA bijaksana, MAHA berkehendak RAJA pemilik kerajaan langit dan bumi. Subhanallah.

Begitulah hendaknya putaran kehidupan insan bernama manusia yang juga berasal dari titisan air mani. Setitis air mampu melahirkan seorang jurutera, doctor, saintis ,angkasawan dan sebagainya. Cuma bezanya adalah pada tahap ketaqwaan hamba itu. Bermula dari segumpal darah,segumpal daging, tulang, daging membaluti tulang hinggalah ditiup kan roh kedalam jasad. Inilah noktah bidayah kehidupan seorang hamba.

Kelahiran insan ke muka bumi ini menjadi satu khabar gembira buat segenap isi dunia. Kelahiran cucu ADAM alaihissalam ini bakal menjadi zuriat penyambung generasi manusia di muka bumi. Lahirlah seorang ‘khalifah’ seperti firman ALLAH dalam surah al-baqarah. Bermula zaman kanak-kanak dan era pra-sekolah hingga ke menara gading merupakan medan pendidikan yang cukup penting bagi manusia. Disinilah ilmu di kaut semahunya sebagai pra syarat kepada survival kerjaya. Disinilah juga pembentukan akhlaq dan peribadi dibentuk dan di acu mengikut acuan yang dimahukan. Sejurus menjeja kaki ke alam pekerjaan, rumah tangga, beranak pinak dan memiliki segala keperluan hidup, rumah, kereta , saham, harta dan sebagainya. Inilah perjalanan hidup atau life cycle insane bernama manusia.


Namun adakah life cycle kita serupa dengan kehidupan rama-rama tadi? Hidup untuk mencari makan dan survival kehidupan di dunia. Adakah 5 tahun kita di menara gading hanya untuk menggengam segulung ijazah?


“Kerja gila”

“Now, we are at the end of the class… I have one simple question for you guys…what is your memorable things happen during your 5 years in campus?” soal Dr Amirhossein, pensyarah subjek marine pollution. Tersentak sejenak dengan soalan itu yang hadir tanpa disangka. Rakan-rakan bingkas menjawab…” exam”….” Couple”.. dan banyak lagi. Namun soalan ini yang membuatkan saya terfikir serta bertafakur lama untuk mencari jawapannya. Nah, coretan ini merupakan susulan jawapan yang inginkan coretkan untuk diriku sendiri.

Mungkin insan sebaya dengan ku mempunyai pengalaman dan kenangan terindah yang agak berbeza dengan diri ini. Di saat-saat terakhir di kampus ini, kerap ku berfikir apakah kenangan indah mereka selama 5 tahun di sini? Bersama kawan-kawan…. Memepunyai ramai girlfriend… score 4 flat…join event dan sebagainya mungkin jawapan yang terpancul keluar dari bibir mereka. Bagaimana pula life cycle mereka selama separuh dekad berada di sini?

“ aku kena ke KL malam ni , ada urusan skit”…kataku pada seorang rakan segroup ketika kami berbincang untuk present project strategic management esoknya. “ ko nak ke KL? , balik bila?” soalnya. “ malam ni juga” .. jawabku. “ mlm ni! Ko gila ker?” ….ujarnya. begitulah helah ku untuk meloloskan diri menghadiri mesyuaratdi KL sedangkan esok paginya kami perlu present project. Hakikatnya ini semua dianggap kerja gila oleh mereka. Masakan tidak, jarak perjalanan hamper 200km dari ipoh ke KL itu hanya ku redah untuk menghadiri mesyuarat yang hanya memakan masa 2 jam. Sesuatu perkara yang tak dapat diterima aqal mereka yang tidak bersama perjuangan ISLAM.

Friday, September 26, 2008

MENCARI LAILATUL QADAR YANG BELUM DITEMUI

Mencari Lailatulqadar yang belum ditemui
LanH Thu Sep 25, 08 6:13:13 pm MYT
Ramadan berbaki beberapa hari lagi. Lima, 4, 3, 2, 1 dan Aidilfitri. Akhirnya Ramadan yang penuh barakah, jaminan pengampunan dan pembebasan daripada api neraka itu meninggalkan kita. Sebelum Ramadan ini berakhir, tiba-tiba terlintas di hati saya untuk mengisi kolum ini yang saya sudah tinggalkan sejak dua bulan lalu.

Tentunya saya beralasan sibuk sejak Harakah terbit dua kali seminggu sejak pertengahan Ogos lalu. Tetapi pada akhir Ramadan ini, dalam kesibukan itu saya teruja membuat sedikit bakti dalam dunia penulisan ini, moga-moga ia ada manfaatnya dan dapat menolong saya di alam sana.
Kesedaran menulis datang selepas saya mendengar tazkirah zuhur hari ini (25 Ramadan/25 September). Pada kuliah itu, ustaz terbabit menyatakan jika keseronokan atau keasyikan Ramadan sudah menguasai jiwa barulah puasa kita membawa erti. Jika tidak, dikhuatiri puasa kita hanyalah sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau lebih tinggi sedikit iaitu menahan anggota diri daripada perkara-perkara bukan hak.
Bagaimana mahu mendatangkan keasyikan Ramadan? Ustaz itu mengkiaskan tingkah laku seorang peminat bola sepak, katakan penyokong tegar Perak. Penyokong ini bekerja di Kuala Lumpur, tetapi kerana fanatiknya kepada pasukan Perak, di mana saja ada perlawanan membabitkan pasukan ini , akan dihadirinya. Jika pasukan Yob ditakdirkan bermain di Pulau Pinang, peminat tegar ini akan melakukan apa saja supaya dia dapat ke sana.
Kalau perlu menipu untuk mendapat cuti, dia akan lakukan. Kalau tiada kenderaan, yang ada cuma sebuah motosikal Cup, dia sanggup menunggang dari KL ke Ipoh atau Pulau Pinang. Panas, hujan malah sakit, tidak dipedulikannya. Yang penting dia mesti menyaksikan pemain Yob beraksi. Cintanya kepada pasukan Yob sudah menjadikan dia begitu. Dia sudah asyik dengan dunia bola dan Yobnya.
Bagaimana mahu asyik dengan Ramadan? Ini soalan sukar dijawab. Ustaz itu berkata, orang yang sudah asyik mahsyuk dengan Ramadan, tidak peduli apa lagi. Kuih raya ke, baju raya ke, duit raya ke, semuanya tidak ada dalam kamus mereka. Sebaliknya mereka cukup cemas dengan ibadat dan penghambaan terhadap Yang Maha Kuasa kerana Ramadan semakin hari semakin menuju penghabisan, macam 'countdown' 5,4,3,1 dan Aidilfitri.
Demikianlah, orang yang asyik dengan Ramadan berasa sedih kerana ia akan berlalu. Tetapi kita ini, termasuk saya sebagai orang awam bagaimana pula? Kita pun tidak sabar dengan 'countdown' 5,4,3,2,1 tetapi akhirannya akan berbunyi 'Hip-hip horee, hip-hip horee, Esok hari raya!' Itulah saya dan sebahagian kita pada era 'jahiliah' (semasa zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa) dulu, tetapi kini saya mulai termenung memikirkan betapa tersasar jauhnya kita dalam menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.
Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui. Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan kelas-kelas pengajian di masjid sejak beberapa tahun lalu. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini.
Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT. Tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta - daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Tataplah akhbar, terpapar kisah makanan dan penyediaan makanan. Gerai menjual makanan muncul di sana sini. Kisah ayam percik, kisah tahi itik, semuanya mewarnai Ramadan.Seolah-olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan.
Tidak cukup dengan itu muncullah buffet Ramadan di restoran, di hotel. Makan dan makanlah. Ramadan adalah untuk menahan nafsu termasuk mengekang makan dan minum tetapi Ramadan nampaknya adalah bulan untuk memuaskan nafsu makan. Kalau pada siang hari nafsu itu tidak dapat dipuaskan, tidak mengapalah, pada malam hari ia boleh dipuaskan, sepuas-puasnya.
Kemudian muncul pula bazar Ramadan, pasar Ramadan, 'sale' Ramadan dan bermacam-macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Ramadan. Ramadan itu adalah untuk mengekang nafsu, tetapi nampaknya Ramadan adalah bulan untuk memuaskan nafsu. Nafsu membeli memuncak pada Ramadan, set perabot yang tidak pernah bertukar boleh bertukar pada Ramadan, langsir yang ok ditukar juga pada Ramadan, peti sejuk yang ok pun ditukar baru, kereta yang ok jadi tak ok pada Ramadan kerana mahu ditukar; malah rumah pun kalau boleh mahu ditukar Ramadan ini.
Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan. Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini. Mereka tidak suruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, tetapi mereka menyuruh orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul.
Seorang pemimpin sebuah negeri di selatan tanah air, dalam mempromosi aspek pelancongan, mengerahkan penduduk kampung memasang pelita, sebuah kampung dilaporkan menang dan mendapat hadiah lumayan selepas kira-kira 40,000 pelita menerangi kawasannya.
Bayangkan berapa banyak kos diperlukan dan apa yang dapat dikatakan tentang perbuatan membazir amalan syaitan ini? Seorang uztaz mengingatkan pemasangan pelita dengan niat dan pandangan terpesong misalnya percaya ia boleh memudahkan arwah saudara-mara kembali ke rumah masing-masing adalah perbuatan syirik dan merosakkan akidah. Orang taat sibuk dengan solat dan mengenang dosa diri dan nasib dalam kubur, ada penduduk kampung termasuk veteran sibuk bermain cahaya ribuan pelita tujuh likur.
Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen. Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari.
Berakhir Ramadan, pesta makan-makan berlanjutan, sebulan lamanya. Yalah, kata mereka Syawal itu sebulan lamanya. Jadilah orang Melayu berpaksi kepada makan minum, berpesta, berhibur; pengajaran Ramadan tidak langsung melekat di hati mereka.
Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad.
Mungkin pada usia tua seperti saya ini barulah timbul sedikit kesedaran bahawa Ramadan dan Aidilfitri yang bermati-matian kita raikan itu adalah tersasar daripada kehendak Islam. Islam tidak menyuruh kita bergolok gadai memenuh dan mengisi nafsu menyambutnya tetapi ada peraturan, tata cara dan disiplinnya.
Tujuan Ramadan adalah untuk menghasilkan insan bertakwa dan tawaran Allah SWT, menjanjikan pengampunan dan bebas daripada api neraka sewajarnya menjadi buruan setiap Muslim.
Itulah yang baru saya ketahui sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya termenung memikirkan betapa sesat dan songsangnya saya selama ini. Mungkin itu antara sebab mengapa Lailatulqadar yang saya cari, belum terjumpa lagi