Sunday, September 28, 2008

SAMA TAPI TAK SERUPA


Muqaddimah


Alhamdulillahi wahidil QAHHAR, segala puji buat TUHAN pemilik alam buana ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi AKHIR ZAMAN. Setinggi rafa’ dan sembah buat RABB yang memiliki segala sifat kesempurnaan atas perkenanNYA kita masih lagi diberi peluang untuk menghela nafas ini.


“ apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit”

at taubah 38

Warkah ini menyingkap sedikit sebanyak perjalanan kehidupan seorang HAMBA yang mengharapkan TUHAN dengan memilih jalan yang sukar diterima aqal leh kebanyakan makhluq TUHAN. Mungkin jalan yang dipilih itu dilihat jelek dan mustahil bagi segolongan manusia namun itulah SIRAT MUSTAQIM yang diyaqini oleh segolongan manusia yang amat mengharap redho TUHANnya.

Coretan serta tarian pena yang mengukir warkah ini semata-mata satu bingkisan dan hadiah kenangan buat teman-teman ku yang di kasihi. Seqadar titipan ikhlas dariku buat azimat kalian.Moga ALLAH merahmati dan memandu kita semua dengan RAHMAN dan RAHIMNYA yang amat kita rindukan. Ku mohon ampun dari ALLAH serta maaf dari kalian atas segala kedangkalan hamba yang hina ini.


Al- faqir ila rabbihi




Life cycle


Bermula kitaran kehidupan seekor rama-rama bermula dengan sebutir telur yang kemudian transformasi nya kepada seekor ulat beluncas. Ulat yang dilihat jijik siapa sangka kemudian bertukar kepada seekor rama-rama yang mampu terbang serta amat indah di pandangan mata. Jika aqal mentaksir, sudah barang pasti tidak ada logika nya seekor ulat yang lembap dan agak hodoh mampu terbang tinggi serta mempnyai rupa paras yang cantik.

Begitu juga putaran seekor katak yang hanya bermula dengan sebutir telur yang kemudian beralih kepada seekor berudu yang hanya mampu berenang di alam air. Namun siapa sangka berudu mampu berubah kepada sang katak yang hidup dua alam. Mampu berenang dan melompat ke sana kemari, mampu menjegah di celah-celah bilik air kita….

Inilah sunnatullah , MAHA bijaksana, MAHA berkehendak RAJA pemilik kerajaan langit dan bumi. Subhanallah.

Begitulah hendaknya putaran kehidupan insan bernama manusia yang juga berasal dari titisan air mani. Setitis air mampu melahirkan seorang jurutera, doctor, saintis ,angkasawan dan sebagainya. Cuma bezanya adalah pada tahap ketaqwaan hamba itu. Bermula dari segumpal darah,segumpal daging, tulang, daging membaluti tulang hinggalah ditiup kan roh kedalam jasad. Inilah noktah bidayah kehidupan seorang hamba.

Kelahiran insan ke muka bumi ini menjadi satu khabar gembira buat segenap isi dunia. Kelahiran cucu ADAM alaihissalam ini bakal menjadi zuriat penyambung generasi manusia di muka bumi. Lahirlah seorang ‘khalifah’ seperti firman ALLAH dalam surah al-baqarah. Bermula zaman kanak-kanak dan era pra-sekolah hingga ke menara gading merupakan medan pendidikan yang cukup penting bagi manusia. Disinilah ilmu di kaut semahunya sebagai pra syarat kepada survival kerjaya. Disinilah juga pembentukan akhlaq dan peribadi dibentuk dan di acu mengikut acuan yang dimahukan. Sejurus menjeja kaki ke alam pekerjaan, rumah tangga, beranak pinak dan memiliki segala keperluan hidup, rumah, kereta , saham, harta dan sebagainya. Inilah perjalanan hidup atau life cycle insane bernama manusia.


Namun adakah life cycle kita serupa dengan kehidupan rama-rama tadi? Hidup untuk mencari makan dan survival kehidupan di dunia. Adakah 5 tahun kita di menara gading hanya untuk menggengam segulung ijazah?


“Kerja gila”

“Now, we are at the end of the class… I have one simple question for you guys…what is your memorable things happen during your 5 years in campus?” soal Dr Amirhossein, pensyarah subjek marine pollution. Tersentak sejenak dengan soalan itu yang hadir tanpa disangka. Rakan-rakan bingkas menjawab…” exam”….” Couple”.. dan banyak lagi. Namun soalan ini yang membuatkan saya terfikir serta bertafakur lama untuk mencari jawapannya. Nah, coretan ini merupakan susulan jawapan yang inginkan coretkan untuk diriku sendiri.

Mungkin insan sebaya dengan ku mempunyai pengalaman dan kenangan terindah yang agak berbeza dengan diri ini. Di saat-saat terakhir di kampus ini, kerap ku berfikir apakah kenangan indah mereka selama 5 tahun di sini? Bersama kawan-kawan…. Memepunyai ramai girlfriend… score 4 flat…join event dan sebagainya mungkin jawapan yang terpancul keluar dari bibir mereka. Bagaimana pula life cycle mereka selama separuh dekad berada di sini?

“ aku kena ke KL malam ni , ada urusan skit”…kataku pada seorang rakan segroup ketika kami berbincang untuk present project strategic management esoknya. “ ko nak ke KL? , balik bila?” soalnya. “ malam ni juga” .. jawabku. “ mlm ni! Ko gila ker?” ….ujarnya. begitulah helah ku untuk meloloskan diri menghadiri mesyuaratdi KL sedangkan esok paginya kami perlu present project. Hakikatnya ini semua dianggap kerja gila oleh mereka. Masakan tidak, jarak perjalanan hamper 200km dari ipoh ke KL itu hanya ku redah untuk menghadiri mesyuarat yang hanya memakan masa 2 jam. Sesuatu perkara yang tak dapat diterima aqal mereka yang tidak bersama perjuangan ISLAM.

No comments: