Friday, May 22, 2009

Eksaminasi dan Taqarrub


Sempat sejenak mengambil sela masa di John Ryland ini untuk membiarkan tangan ini menari diatas papan keyboard ini. mengehla nafas seketika dalam usaha terus menelaah paper kedua- project planning and control. ruang ini harus terus di isi agar mata akal ku terus bergerak aktif memikir sesuatu buat ummah meskipun di musim exam. Menurut Marielle, seorang cerdik pandai Sepanyol, inovasi dalam ruang lingkup kehidupan ini harus diteruskan kerana ia sangat bersangkut paut dengan curiosity, sifat ingin tahu manusia. inovasi juga sesuatu yang lahiriah dan ia tidak boleh di paksa dan di sekat. innovator needs freedom, motivation dan passion. seperti Da vinci , melukis, pemuzik, jurutra yg serba boleh. begitu juga dengan dunia ISLAM, malah lebih hebat lagi jika kita singkap tokoh2 nya seperti Dr Abd Majid Zindani , seorang kaya dari Yaman yang mewaqafkan diri utk perjuangan ISLAM disamping sangat digeruni ramai dlam bidang akademik an jihad. Dr Abbas Madani ari Algeria, antara pengasa FIS, sebah pertubuhan ISLAM di algeria, nah, lihat mereka semua mempunyai Falsagah kedoktoran dalam bidang masing sungguhpun mereka adalah singa dalam medan jihad. bila masa mereka belajar?

Dikala exam ini, terngiang2 lagi persoalan teman2 yang mengatakan kita rehat dulu ketika exam ini... kerna fokus dan tujuan utama kita ke sini untuk jihad ilmu. suka saya berpesan pada teman2 yang dikasihi, jihad ilmu kita tidak pernah sekali2 memberi kelepasan kepada kita untuk terus dalam jhad yang aini- iaitu jihad melepaskan negara dari cengkaman kuffar dan yang seaktu dengannya serta semua usaha ke arah itu. pokoknya, adakah kita yakin jika kita minta berehat, kita aan benar2 success? ataupun keadaan sama sahaja antara rehat atau bekerja untuk ISLAM. ingatlah, motivasi terbaik buat kita adalah akhirat. ke mana kita nak bawa ijazah kita kalau bukan ke negeri akhirat. yang penting berusaha gigih dan yaqin dengan nusrah ALLAH. Yaqin ini juga satu persoalan besar, sejauhmana kita betul2 yaqin padaNYA, atau lebih yaqin kita dengan usaha yang kita laksanakan. Jangan hanya TAQARRUB itu datang di kala exam sahaja. ia sudah pasti wajib hadir dalam diri kita sebagai HAMBA kepada KHALIQ kita.

selamat menempuh eksaminasi!

Tuesday, May 19, 2009

Dissolve the Parliament

METRO , manchester; 19 May 2009- CAMERON calls for early election to restrore trust. david cameron has called for an immediate general election as parliament has been 'paralysed' by the expanses scandal. the conseravtive leader said a poll would restore public faith in a political system which had been 'shot pieces'.

Krisis MP's expanses yang melanda Westminster merupakan isu yang dianggap besar oleh rakyat Britain. hatta pada hari ini , Speaker Parliament - Michael Martin di gesa untuk meletakkan jawatan nya serta merta kerana gagal mengawal sidang parlimen dan menyelesaikan masalah over spends MP's.


Sungguh mengaibkan bai seorang MP di sini yang extra expanses yg diperuntukkan pada mereka sekitar £25,000 per annum di pertikaikan dikala rakyat mederita dengan economic crisis sehingga ada kes disebut seorang mechanical engineer terpaksa berdiri di tengah motorway dan promosikan diri untuk mencari kerja! inilah demokrasi ala barat yang benar2 mengamalkan demokrasi dan berjiwa rakyat!

Namun apakah kerajaan Malaysia mampu mengambil langakah serupa dengan negara British yang menjadu kiblat mereka selama ini?. nah, buktikan nya di Perak terlebih dahulu. suara dan kehendak rakyat yang lebih utama jika orang no 1 negara benar2 mahu menjadi The Peoples Prime Minister. Buktikan!!

Monday, May 18, 2009

Isyarat Apakah ini?



Buletin utama 18 Mei 2009 melaporkan Kerajaan BN harini ini mengumumkan tidak meletakkan calon di PRK DUN penanti kerana alasannya kekosongan ini bukan disebabkan peruntukan di dalam perlembagaan, tetapi kerana krisis Parti Keadilan. ia dianggap permainan politik PR serta BN mahu fokus pada khidmat pada rakyat dan ekonomi. ini alasan orang nombor satu negara.

Sebagai pemerhati politik ini sudah pasti satu berita besar buat arus demokrasi tanah air di mana sebuah parti yg lama dan dianggap paling berkuasa di tanah air mahu menarik diri dari bertanding. apa isyarat nya ini? adakah mereka mempunyai taktik lain? atau mereka takut kalah? atau pun mereka tidak mahu membazirkan wang rakyat lagi? ataupun mereka tidak ketemu calon yang sesuai?.. semuanya persoalan ini payah untuk dijawab selagi mereka mengambil langkah yg sangat berhati2 dalam membuat keputusan sungguh pun pimpinan parti itu semalam mengaku sudah ada calon di dalam hati beliau.

sebagai pengamal proffesional, mungkin BN mengelakkan risiko, denan melaksanakan risk assesment atau pun earn value analysis dengan mengambil kira financial risk, individual risk ataupun rakyat's RISK?... dengan qualitative and quantitave method. apapun, sekali lagi mereka tidak sanggup hendak melihat arus kebangkitan rakyat. bahang suara rakyat sudah dirasai mereka dengan bukti mereka terpaksa menjadi 'hamba rakyat', khidmat pada rakyat. media boleh manipulasi apa jua fakta, namun ingatlah rakyat semakin bijak menghitung dan berkira2. haq tetap akan terserlah dicelah kabur batil yang kamu cuba tekup dengan kain baju kamu sendiri.

Sunday, May 17, 2009

Bermain-main dalam IBADAH




"wahai abid yang kepada dua tempat haram, sekiranya kamu lihat kami yang berjuang, nescaya tahulah kamu, kamu seben arnya sedang bermain2 dengan ibadah, sesiapun yang membasahkan pipi kerana takutkan ALLAH, kami bukan airmata yang keluar tetapi tengkuk kami yang berlumura n dengan darah"

syair Abdullah ibn Mubarak pada Fudhail bin Iyadh

assalamualaikum dan salam perjuangan wahai teman-teman yang rindukan syahid...

terkadang hidup ini penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan yang di karunia ALLAH untuk meningkatkan iman kita. di kala itu, melihat bagaimana banyaknya ragam dan kerja buat manusia yg melata di atas muka buminya ini yang asyik mengaku mereka sedang beribadah pada ALLAH. banyak hadir golongan yang mengaku mereka berjihad, mereka berdakwah, mereka melakukan tugas nabi dan sebagainya. justifikasi kepada ini semua hanya mereka yang tahu. adakah kehadiran banyak nya golongan ini satu rahmat? ataupun ujian?. sedangkan mereka jua kuat berjuang dalam menegeak kalimah ALLAH.. namun menolak sebahagian dari aspek ISLAM.. SIASAH. bukankan TARBIYYAH dan SIASAH itu berkait? moga ALLAH dorong kita akan kebenaran ISLAM ini.

terkadang dalam kita sibuk berjuang, mengaku berjihad, melakukan kerja ISLAM, bimbang kita ini sedang bemain-main dengan kerja buat kita. kerana dasar perjuangan kita itu sudah pasti kebenarannya, namun soal AIDS haraki, sekitar persoalan Qalb itu menjadi musuh. terkadang merasa riak, rasa ujub dan hebat, mahu kan pujian dari manusia. Moga ALLAH pelihara kita dan bantu kita ikhlas dalam berjuang.

Sunday, May 10, 2009

Mujahid yang Rindukan Syahid



" saya tidak akan meninggalkan jihad kecuali dengan tiga alasan. pertama. saya terbunuh di Afghanistan. kedua saya terbunuh di Peshawar, ketiga atau saya keluar dari Afghanistan dengan kedua tangan saya di gari"
- Dr Abdullah Azzam