Friday, May 22, 2009

Eksaminasi dan Taqarrub


Sempat sejenak mengambil sela masa di John Ryland ini untuk membiarkan tangan ini menari diatas papan keyboard ini. mengehla nafas seketika dalam usaha terus menelaah paper kedua- project planning and control. ruang ini harus terus di isi agar mata akal ku terus bergerak aktif memikir sesuatu buat ummah meskipun di musim exam. Menurut Marielle, seorang cerdik pandai Sepanyol, inovasi dalam ruang lingkup kehidupan ini harus diteruskan kerana ia sangat bersangkut paut dengan curiosity, sifat ingin tahu manusia. inovasi juga sesuatu yang lahiriah dan ia tidak boleh di paksa dan di sekat. innovator needs freedom, motivation dan passion. seperti Da vinci , melukis, pemuzik, jurutra yg serba boleh. begitu juga dengan dunia ISLAM, malah lebih hebat lagi jika kita singkap tokoh2 nya seperti Dr Abd Majid Zindani , seorang kaya dari Yaman yang mewaqafkan diri utk perjuangan ISLAM disamping sangat digeruni ramai dlam bidang akademik an jihad. Dr Abbas Madani ari Algeria, antara pengasa FIS, sebah pertubuhan ISLAM di algeria, nah, lihat mereka semua mempunyai Falsagah kedoktoran dalam bidang masing sungguhpun mereka adalah singa dalam medan jihad. bila masa mereka belajar?

Dikala exam ini, terngiang2 lagi persoalan teman2 yang mengatakan kita rehat dulu ketika exam ini... kerna fokus dan tujuan utama kita ke sini untuk jihad ilmu. suka saya berpesan pada teman2 yang dikasihi, jihad ilmu kita tidak pernah sekali2 memberi kelepasan kepada kita untuk terus dalam jhad yang aini- iaitu jihad melepaskan negara dari cengkaman kuffar dan yang seaktu dengannya serta semua usaha ke arah itu. pokoknya, adakah kita yakin jika kita minta berehat, kita aan benar2 success? ataupun keadaan sama sahaja antara rehat atau bekerja untuk ISLAM. ingatlah, motivasi terbaik buat kita adalah akhirat. ke mana kita nak bawa ijazah kita kalau bukan ke negeri akhirat. yang penting berusaha gigih dan yaqin dengan nusrah ALLAH. Yaqin ini juga satu persoalan besar, sejauhmana kita betul2 yaqin padaNYA, atau lebih yaqin kita dengan usaha yang kita laksanakan. Jangan hanya TAQARRUB itu datang di kala exam sahaja. ia sudah pasti wajib hadir dalam diri kita sebagai HAMBA kepada KHALIQ kita.

selamat menempuh eksaminasi!

No comments: