Monday, May 18, 2009

Isyarat Apakah ini?



Buletin utama 18 Mei 2009 melaporkan Kerajaan BN harini ini mengumumkan tidak meletakkan calon di PRK DUN penanti kerana alasannya kekosongan ini bukan disebabkan peruntukan di dalam perlembagaan, tetapi kerana krisis Parti Keadilan. ia dianggap permainan politik PR serta BN mahu fokus pada khidmat pada rakyat dan ekonomi. ini alasan orang nombor satu negara.

Sebagai pemerhati politik ini sudah pasti satu berita besar buat arus demokrasi tanah air di mana sebuah parti yg lama dan dianggap paling berkuasa di tanah air mahu menarik diri dari bertanding. apa isyarat nya ini? adakah mereka mempunyai taktik lain? atau mereka takut kalah? atau pun mereka tidak mahu membazirkan wang rakyat lagi? ataupun mereka tidak ketemu calon yang sesuai?.. semuanya persoalan ini payah untuk dijawab selagi mereka mengambil langkah yg sangat berhati2 dalam membuat keputusan sungguh pun pimpinan parti itu semalam mengaku sudah ada calon di dalam hati beliau.

sebagai pengamal proffesional, mungkin BN mengelakkan risiko, denan melaksanakan risk assesment atau pun earn value analysis dengan mengambil kira financial risk, individual risk ataupun rakyat's RISK?... dengan qualitative and quantitave method. apapun, sekali lagi mereka tidak sanggup hendak melihat arus kebangkitan rakyat. bahang suara rakyat sudah dirasai mereka dengan bukti mereka terpaksa menjadi 'hamba rakyat', khidmat pada rakyat. media boleh manipulasi apa jua fakta, namun ingatlah rakyat semakin bijak menghitung dan berkira2. haq tetap akan terserlah dicelah kabur batil yang kamu cuba tekup dengan kain baju kamu sendiri.

No comments: