Sunday, August 16, 2009

HATI


"Dialah yg mengutus seorang rasul kpd kaum yang buta huruf dr kalangan mereka sendiri, yg membacakan kpd mereka ayat-ayat nya, meyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kpd mereka kitab dan hikmah , meskipun sebelumnya mereka dlm kesesatan yang nyata".

Al-jumuah: 2

AlhamdulilLah, syukur kpd Tuhan rabbul alamin atas kurnia nikmat kehidupan atas 'alam desawarsa ini dengan penuh segala keperluan dan kehendak sebagai insani. acap kali ayat di atas di ungkap dalam siri2 tazkirah atau kuliah membabitkan hal tarbiyyah mahupun tazkiyah an nafs. inilah ayat yang tepat ke sasaran memberi khabar ingat akan per penting soal HATI. pabila berbincang soal hati, kalian pasti tergambar soal cinta, kasih sayang , rindu, sakit hati, dendam, hasad dengki dan segala akan sifat mahmudah dan mazmumah yang menjadi sifat hati. apakah signifance Allah menjadikan hati sedemikian rupa?

seribu satu macam pepatah melayu akan perkara hati; makan hati berulam jantung, jauh hati, sakit hati sa sebagainya nak mengambarkan penting perkara hati ini. sehingga Nabi juga menyebut dalam hadis yang menyentuh rosak atau baik manusia itu , ala hiya qalb.- hati. perhatian kepada soal pembinaan hati , penjagaan hati atau terapi hati ini perlu kita fokus. kerana amal perbuatan kita juga bermula dr hati- NIAT. soalnay bagaimana mendidik hati agar ia jinak dengan perkara ma'ruf dan tidak selesa dengan mungkar.? zikrullah antara jawapan tepat buat pembersihan seterusnya menghias hati. basahkan lidah dengan kalimah toyyibah, mathurat dan zikir2. betapa hebat penangan zikir ini hingga lekat ke dalam lubuk hati yang tidak dpt di sentuh oleh jari jemari kita, tidak dapat ia diberi makanan zahiri melainkan taqarrub pada ALLAH.

Begitu kuat peranan hati dalm hidup ini. apabila seorang teruna terpikat pada seorang gadis, maka "bumi ini bagai ana yang punya". Cinta memang indah dan ia menjadi detik paling indah bagi mereka yang sudah merasai nya. Insan sanggup melakukkan apa saja untuk mengisi CINTA mereka. kerana Cinta itu buta jika hati tadi berkiblat pada manusia. ingatlah, manusia ini tidak kekal lama. CINTA hakiki kita padaNYA jua. marilah kita perbaiki hati kita ini. moga ia di service kerap kali supaya tidak berkarat dan jauh dr nur Ilahi- naudzubillah.

No comments: