Sunday, August 16, 2009

HATI


"Dialah yg mengutus seorang rasul kpd kaum yang buta huruf dr kalangan mereka sendiri, yg membacakan kpd mereka ayat-ayat nya, meyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kpd mereka kitab dan hikmah , meskipun sebelumnya mereka dlm kesesatan yang nyata".

Al-jumuah: 2

AlhamdulilLah, syukur kpd Tuhan rabbul alamin atas kurnia nikmat kehidupan atas 'alam desawarsa ini dengan penuh segala keperluan dan kehendak sebagai insani. acap kali ayat di atas di ungkap dalam siri2 tazkirah atau kuliah membabitkan hal tarbiyyah mahupun tazkiyah an nafs. inilah ayat yang tepat ke sasaran memberi khabar ingat akan per penting soal HATI. pabila berbincang soal hati, kalian pasti tergambar soal cinta, kasih sayang , rindu, sakit hati, dendam, hasad dengki dan segala akan sifat mahmudah dan mazmumah yang menjadi sifat hati. apakah signifance Allah menjadikan hati sedemikian rupa?

seribu satu macam pepatah melayu akan perkara hati; makan hati berulam jantung, jauh hati, sakit hati sa sebagainya nak mengambarkan penting perkara hati ini. sehingga Nabi juga menyebut dalam hadis yang menyentuh rosak atau baik manusia itu , ala hiya qalb.- hati. perhatian kepada soal pembinaan hati , penjagaan hati atau terapi hati ini perlu kita fokus. kerana amal perbuatan kita juga bermula dr hati- NIAT. soalnay bagaimana mendidik hati agar ia jinak dengan perkara ma'ruf dan tidak selesa dengan mungkar.? zikrullah antara jawapan tepat buat pembersihan seterusnya menghias hati. basahkan lidah dengan kalimah toyyibah, mathurat dan zikir2. betapa hebat penangan zikir ini hingga lekat ke dalam lubuk hati yang tidak dpt di sentuh oleh jari jemari kita, tidak dapat ia diberi makanan zahiri melainkan taqarrub pada ALLAH.

Begitu kuat peranan hati dalm hidup ini. apabila seorang teruna terpikat pada seorang gadis, maka "bumi ini bagai ana yang punya". Cinta memang indah dan ia menjadi detik paling indah bagi mereka yang sudah merasai nya. Insan sanggup melakukkan apa saja untuk mengisi CINTA mereka. kerana Cinta itu buta jika hati tadi berkiblat pada manusia. ingatlah, manusia ini tidak kekal lama. CINTA hakiki kita padaNYA jua. marilah kita perbaiki hati kita ini. moga ia di service kerap kali supaya tidak berkarat dan jauh dr nur Ilahi- naudzubillah.

Monday, August 3, 2009

sempena hari lahir


alhamdulillah, syukur to ALLAH, the most gracious, the most merciful which still provide me the opportunity to stay in HIS world. Atas segala sifta RAHMAN NYA dapat lagi ku meneruskan pelayaran hidup di atas dunia yang smentara ini. harini masuk umur ku ke 24. bertambah setahun lagi menandakan satu proses koreksi dan muhasabah perlu dilakukan. whats my contribution to the UMMAH and DEEN in the last 23 yrs?. moga tahun ke 24 ini dapat menambah amal dan taqwa diri ini. ku mohpn shbt2 teman2 dapat mendoakan akan diri ini.

terima kasih khas buat ayah bonda atas doa kalian dan penat lelah membesarkan diri ini, takkan kusia kan segala pengorbanan mereka.. moga diri ini dpaat menjadi manfaat buat ummat dan masyarakat kelak, inshaALLAH. sekalung terima kasih juga buat semua teman2 yang sudi mengambil masa utk SMS, FB dan email anda. moga sama2 kita menginsafi akan kejadian kita serta meningatkan kita pada MATI dan hari akhirat.

Saturday, August 1, 2009

BANGOR dan MACKEREL


alhamdulillah, tercapai juga hasrat hati ini utk camping dan fishing di Bangor, North Wales last weekend. it is really great opportunity with bro jundi dan teman2 mesir ber-rehlah di sana. sudah lama rasanya tidak rehlah tarbawi which is very common during uni life berfore. mandi di air terjun chepor atau di kuala kangsa bersama teman2 adalah perkara biasa di hujung minggu. teringat waktu itu. namun, di bangor ini tidak kurang indahnya, subhanallah. kejernihan air, panorama cliff dan batunya, masyaALLAH.

kurang lebih 20 ekor ikan jenis mackerel yang diperoleh meskipun white beach ini mmg lubuk mackerel yg mana menurut abg jundi ia pernah mencecah 2000 ekor dalam satu masa kerana makcerel ini hanya menggunakan umpan apolo dan ia dtg dlm kumpulan yang besar. alhamdulillah dapat juga merasakan kelazatan mackerel bakar yg segar. bermalam di tepi north sea ini mmg agak freezing di sebelah malam bercampur hujan. namun, thisis a new experience camping in UK, alhamdulillah. sesekali bermuayashah dengan bahr dan hidupan alam. indah sungguh rububiyah ALLAH.