Sunday, May 17, 2009

Bermain-main dalam IBADAH




"wahai abid yang kepada dua tempat haram, sekiranya kamu lihat kami yang berjuang, nescaya tahulah kamu, kamu seben arnya sedang bermain2 dengan ibadah, sesiapun yang membasahkan pipi kerana takutkan ALLAH, kami bukan airmata yang keluar tetapi tengkuk kami yang berlumura n dengan darah"

syair Abdullah ibn Mubarak pada Fudhail bin Iyadh

assalamualaikum dan salam perjuangan wahai teman-teman yang rindukan syahid...

terkadang hidup ini penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan yang di karunia ALLAH untuk meningkatkan iman kita. di kala itu, melihat bagaimana banyaknya ragam dan kerja buat manusia yg melata di atas muka buminya ini yang asyik mengaku mereka sedang beribadah pada ALLAH. banyak hadir golongan yang mengaku mereka berjihad, mereka berdakwah, mereka melakukan tugas nabi dan sebagainya. justifikasi kepada ini semua hanya mereka yang tahu. adakah kehadiran banyak nya golongan ini satu rahmat? ataupun ujian?. sedangkan mereka jua kuat berjuang dalam menegeak kalimah ALLAH.. namun menolak sebahagian dari aspek ISLAM.. SIASAH. bukankan TARBIYYAH dan SIASAH itu berkait? moga ALLAH dorong kita akan kebenaran ISLAM ini.

terkadang dalam kita sibuk berjuang, mengaku berjihad, melakukan kerja ISLAM, bimbang kita ini sedang bemain-main dengan kerja buat kita. kerana dasar perjuangan kita itu sudah pasti kebenarannya, namun soal AIDS haraki, sekitar persoalan Qalb itu menjadi musuh. terkadang merasa riak, rasa ujub dan hebat, mahu kan pujian dari manusia. Moga ALLAH pelihara kita dan bantu kita ikhlas dalam berjuang.

Sunday, May 10, 2009

Mujahid yang Rindukan Syahid



" saya tidak akan meninggalkan jihad kecuali dengan tiga alasan. pertama. saya terbunuh di Afghanistan. kedua saya terbunuh di Peshawar, ketiga atau saya keluar dari Afghanistan dengan kedua tangan saya di gari"
- Dr Abdullah Azzam



Wednesday, April 8, 2009

Dari Kota Paris ke Bukit Gantang



Assalamualaikum dan salam pertemuan buat semua teman2 dan rakan2 yg dikasihi sekalian. moga kalian dalam kesihatan, IMAN dan ISLAM. terpanggil untuk mencoret beberapa isu terkini yg berlaku di bumi Gordon Brown ini serta soroton yg berlaku di Tanah AIr tercinta. bermula April merupakan detik yg dinanti kawan2 disini kerana bermulalah easter vacation yg rata2 inilah masa terbaik untuk pause sebentar dr segala penat lelah jihad ilmu serta lain2 amanah dan tanggungjawab. maka bertebaran lah mereka di muka bumi ALLAH ini terutama sekitar eropah- Belgium, spain, france,amsterdam, italy serta kawasan2 yg sewaktu dengannya. berpeluanglah daku bersama teman2 dalam misi Jelajah Perancis 2009 selama 3 hari. alhamdulillah segala pengalaman amat bermakna dan benarlah sabda Nabi " berfikirlah kamu tentang penciptaan ALLAH dan jgn kamu berfikir tentang zat ALLAH". subhanALLAH. itu lah ungkapan yg sering terpacul bilamana melihat keindahan dan kehebatan Kota ini yang sarat dengan bangunan lama yg terpelihara dan sungguh menakjubkan. begitu juga dengan org2 nya yang bersifat pendiam serta kurang bercakap di dalam public transport. Ber muayasyah dengan alam ini amat indah dengan menhayati gaya hidup masyarakat mereka dan adab mereka.

Dikala pulang dr kota Paris, tumpuan kepada isu pilihanraya bkt gantang semakin membuak2. pilhanraya yang memebawa erti besar selepas kerjaaan perak di rampas dengan rakus oleh org yg tidak berperi kemanusiaan itu menjadi tumpuan seluruh negara. untung nasib Pakatan rakyat dilihat akan mendapat impak kesan keputusan PRK ini. begitu juga dengan BN yang amat2 memerlukan kemenangan di kala saat rakyat mula hilang percaya dan pula sebgagai hadiah bermakna buat PM yang baru. Namun ALLAH Maha adil, DIA memberi kepada yang IDA kehendaki. Bilamana percaturan ALLAH kena dengan kehendak manusia dan rakyat, maka kita dapat lihat akan kemenangan kepada ISLAM. ALLAHU akbar. Alhamdulillah dan segala piji bg ALLAH , syukur atas kemenangan ini dan mari smaa2 kita doakan agar YB MP Bkt gantang, diberi kekuatan oleh ALLAH dalam urusan nya serta moga ALLAH bantu perjuangan ISLAMdi tanah air.

Tuesday, February 10, 2009

HARTA PANGKAT DAN KEKAYAAN

assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua

terasa lama benar jari jemari ini tidak menari di atas papan keyboard ini setelah pelbagai dugaan dan rintangan yang berlaku ke atas diri ini. namun kesemua dugaan yang ku lalui sepurnama lalu tidaklah setara mana jka dibanding 2 isu besar yangs edang melanda UMMAH pada saat dan ketika ini. Isu yang sudah pasti menggigit dan mencengkam sanubari mereka bernama INSAN terutama MUSLIM. Tragedi Massacre in GAZA , PALESTIN menjadi sejarah pahit umat ISLAM di kala menyambut tahun baru 2009. Peringatan ALLAH itu tiba di awal tahun buat seluruh ummat manusia di seluruh dunia. Trajedi GAZA kesekian kali nya membuka mata kita akan kezaliman dan kejahatan ISRAEL laknatullah alaikum. Bagaimana kanak2 terbunuh, wanita teranayai, mereka hiang ibu, bapa, saudara, tempat tinggal dalam sekelip mata. Penyiksaan spiritual dan mental menjadi kesan jangka masa panjang yang sukar dilupakan oleh seluruh warga Palestin dan Umat ISLAM seluruh dunia. lebih 1000 org yang terbunuh di GAZA perlu di tebus oleh kita semua umat ISLAM kerana maruah ISLAM tercalar oelh puak YAHUDI. kita harus bangkit dari lena kita selama ini dengan segala kemewahan , harta , makanan yang cukup kepada suatu usaha bersungguh menentang kezaliman YAHUDI dan sekutunya. sampai bila ISLAM mahu di tindas jika kita tidak bangkit. Tragedi GAZA menunjukkan pada kita bagaimana kanak2 kecil juga sudah tahu mengangkat senjata dan menyatakan kecaman pada YAHUDI atas tindakan kejam mereka. Waluapun media seperti TV3 menyatakan semangat 'nasionalis' Palestin tinggi. walhal bukan itu hakikatnya, hakikatnya ISLAM yang menjadi taruhan kita. ISLAM yang perlu dijaga maruah dan ketinggian nya.
Beralih ke tanah air tercinta, terguris hati ini bak dihiris sembilu pabila melihat ragam PUAK NASIONALIS yang gilakan harta pangkat dan kuasa. tidak sedikit pun ruang waktu mereka terlepas dari merangka dan merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR di PERAK. mengapa begitu hasad dan busuk hati mereka sanggup perlakukan sedemikian rupa? untuk apa? duit? harta? kuasa? atau mereka mahu menutup MALU yang kian menebal atas kekalahan di dua PRK sebelum ini. walau bagaimana pun ini bukan perkara biasa oeh puak mereka. mereka pernah berbuat demikian pada PAS di era 70-an ketika merampas Kelantan dan juga di Sabah ketika merampas Sabah dari PBS pada ketika itu dengan menyekat majlis angkat sumpah EXCO. Kejam mereka, tidak berhati perut. Apakah yang menguasai jiwa mereka sehingga sanggup berbuat demikian? Lebih malang pabila pasukan keselamatan di kerah sedaya upaya bertempur dengan rakyat yang berhimpun menyatakan rasa hati yang benci akan kezaliman mereka. apakah mereka fikr rakyat dapat menerima kerajaan baru tajaan mereka di Perak? nantikanlah suara rakyat dalam PRK Bukit Gantang. Pasti mereka terduduk rebah menyembah bumi. inilah bilamana hati dan jiwa di kuasai nafsu dan syaitan , apa saja boleh dilakukan demi memuasakan semua itu.
Saya tidak fikir Datuk Seri Nizar Jamaluddin kemaruk pangkat dan harta sehinggan tidak mahu melepaskan jawatan MB. Beliau dan Parti nya sudah biasa kalah, sudah biasa di tipu, sudah bisa dengan sepak terajang politik yang dimainkan musuhnya. Namun lebih jauh dari itu beliau sedang sedaya upaya mempertahankan ISLAM. kerana beliau mahu ISLAM terus memerintah di Perak dan bukan 'kerajaan haram' yang mengaku ISLAM tetapi menaja nasionalis dan mengikut hawa nafsu. lihatlah, seluruh Malaysia berdemonstarsi konon membela Sultan dan Melayu. inilah sentimen perkauman caturan mereka yang pada hakikatnya menolak ISLAM.
ALLAHU AKBAR... bantulah kami dan PejuanG2 AGAMA MU ya ALLAH..

Wednesday, December 31, 2008

Boxing Day

salam sejahtera pada semua pencinta ilmu... para pemuda yang menjadi tongak utama sesebuah tamadun dan peradaban. pemuda adalah aset dan harta paling bernilai bagi sebuah masyarakat. masa depan negara dapat dilihat pada kualiti pemudanya. di tangan pemuda lah era kecemerlangan dan kegemilangan sesbuah negara akan terbukti. jika robek pemuda, maka gelaplah masa depan negara, jika berkilau sang pemuda, maka cerahlah masa depan negara.
Terasa bingkas diri ini untuk menaip sesuatu bilamana mendapat maklumat mengenai kerakusan golongan muda yang menghambat dunia pada saat ini. kajian durex sex global menunjukkan di Malaysia purata anak muda hilang dara @ pertama kali terlibat dengan sex pada umur 17 thn. statistik 2008 menunjukkan angka 257 000 anak luar nikah dan currently 124 000 pelacur di dapati di Malaysia. Kuala Lumpur menjadi hub-pelacur yang menyebabkab Malaysia naik ke tangga ke 2 di Asia dalam jangkitan HIV tertinggi. Hebat Malaysia. Negara ISLAM Hadhari. lanjutan ini, Dr fadzilah kamsah memebuat kajian dan menunjukkan hanya 20% pelajar sekolah menengah yang solat cukup 5 waktu sehari semalam. Nah, lihatlah wahai pemuda yang kukasihi sekalian, hamparan permaidani kebobrokan akhlaq golongan muda yang akan memimpin masa depan. kepada pemuda beginikah henak disandarkan masa depan negara?....
harini bertarikh 31 december 2008 , hari terakhir bagi 2008 dan 2008 bakal melabuhkan tirainya, kita bakal menyaksikan 2009 yang akan tiba.. apakah akan beraku pada 2009 ini?? sempat ku berjalan di Oxford street, London pada 26 dec semepena boxing day untuk melihat gelagat ummat. MasyaALLAH, penuh sepanjang lebih 1km oxford street yang terletak di Zone 1, London, berdekatan dengan Oxfod circus. Pertama kali menjejak kaki ke kota London yang sudah lama ku impikan untuk menjejak kaki kesini. Bermula dari Victoria station, dengan menaiki tube (underground) ku bergerak ke oxford street. lazimnya boxing day sinonim dengan THE DAY bagi seluruh warga UK untuk membeli belah. syurga shopping bg mereka. seawal jam 5am mereka sudah menunggu untuk membeli. setelah berjalan di oxford street dan memebeli sepasang kasut Clarks yang agak murah, ku teruskan perjalanan ke ADGWARE Road, disini semua makanan halal. Alhamdulillah, kami berjalan berlima.. bersama Murabbi dr tanah air. banyak dapat ku belajar dan mengambil semangat pejuang seorang yang amat ku kagumi, ilmunya, akhlaqnya, kerja dakwahnya. Hebat.

Friday, December 19, 2008

penyapu

" Project management is all about dynamics.. all about compromise.. it will changes with time.. there is no rigth wrong answer. postgraduate students difference compared to undergraduates. PG environment, we extract the knowledge and determne the way we think..".. DR Callum Kid (personal tutor)
Alhamdulillah wa kafa, segala puji dan syukur tidak terkata buat TUHAN pentadbir dan pengurus sekalian cakerawala. Ku amat terasa erti syukur itu bilamana diri ini di beri pakej 3 in 1 sejak seminggu lalu- fever+cough+flu+headache...alhamdulilah. sakit itu TARBIYYAH berkesan buat hati dan roh kita. Baru sedar akan nikmat sihat sebelumnya di kala diberi inzar oleh NYA. itulah manusia, pelupa, ingat pada PENCIPTAnya di kala dilanda musibah.. mari bermuhasabah...
Namun mungkin bukan isu sakit, sihat yang ingin ku ulas pada malam ni, kerana di kala diberi nikmat sakit ini selama lebih seminggu ini ku gigig kan tulang empat kerat ini untuk teruskan mencari nafkah di St James building as a cleaner. Mungkin pada mulanya ku rasa tiada banyak perkara boleh ku belajar as a cleaner, no added value and new knowledge that i can learn from. however, as couples of times i can sense the knowledge behind CLEANING. walaupun rasanya kerja membersih aka mencuci tampak mudah dan senang.. banyak perkara tersirat disebalik nya yang boleh saya syarahkan disini. maklumlah, bakal MP memang kena berlatih bersyarah atas maudu'2 yang pelbagai.
Entry kali ini i wud like to share on broom. YES a broom...it simple isn't it. di kala sedang menyapu lah saya banyak mencetus idea2 baru untuk manfaat diri mahupun ISLAM itu sendiri. kerana basically i wud spend around 30 min to complete sweeping the floor. Perkara yang paling penting sebelum menyapu ialah saya akan pastikan penyapu itu bersih kerana mungkn akan terlekat habuk atau small2 particles as in cebisan kertas etc. saya menggunakan penyapu biasa dan bukan penyapu lidi. Mungkin analogi penyapu dah biasa di gunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam metafsir pelbagai perkara terutama 'hidup berkumpulan'. Namun apa yang saya tertarik disini untul berkongsi tentang diri penyapu itu sendiri. di kala saya menyapu, kadangkala bulu penyapu itu sendiri tertanggal dan menjadika ia juga sebahagian dari sampah yang saya sapu. Kadang kala juga bila mana terlalu dusty, penyapu akan block dan tak dapat menyapu dengan berkesa, penyapu perlu dibesihkan.
Mungkin disini lah terungkap apa yang saya fikikan, diri Daie umpama penyapu, diri seorang mujahif umpama penyapu. Mana mungkin penyapu yang kotor mampu menyapu dengan bersih, penyapu perlu senantiasa dibesihkan untuk digunakan. Wahai teman2 sekalian, kadang kala kita alpa yang diri ini perku kepada tazkiyatun nafs- pembersihan jiwa, tarbiyyah ruhiyyah. kadang kala kita asyik menyapu dan tidak sedar penyapu kita penuh dengan habuk dan tidak mampu menyapu dengan bersih as expected. kadangkala kita lantang berceramah, kuliah, tazkirah memebri usrah, tapi kita lupa kita kadangkala kotor yang mana kita perlu bersihkan agar mad'u tidak terkesan dengan isi kuliah kita... siapa yang bersalah? lebih malang lagi bulu2 penyapu itu bertukar menjadi sampah yang turut di sapu oleh rakan2 penyapu kita yang lain.
Akhir kata, sama2 kita muhasabah diri ini yang hanya seqadar abdi pada RABBI. selari kan amal inadah kita dan dakwah kita agar ia memberi kesan pada kita dan mad'u..
salam Manchestee buat Malaysee

Tuesday, December 9, 2008

Jalan Kaki

Buat kesekian kalinya, salam sejahtera dan salam hormat buat semua yang sudi melayari blog ini yang sudah agak lama suram dari bahan wacana ilmiah. Sempena Aidul ADHA ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam aidl adha buat semua muslim seluruh dunia. eid mubarak ya akhu kum fil ISLAM. bak kata org Turkey: 'qurbani bayraminizi'... buat para pejuang agama ALLAH, moga kita menghayati erti tadhiyah seperti tercatat dalam arkanul baiah, belajar erti korban dan bukan seqadar menyumbang.

Namun tidak terniat di hati untuk merungkai tajuk qurban pada entry kalini kerana mungkin ada topik lebih menadi pilihan. teringat kata2 seorang shbt padaku tempoh hari : " aku tengok dan perhati ko ni suka fikir benda2 yang org tak fikir". masyaALLAHhu kana wama lam yasya' lam yakun. pengalaman hidup banyak mengajar cara kita menjalani kehidupan, melihat, mendengar dan mentafsir sesuatu. tidak dapat kunafikan memang ku amat gemar memerhati dan menganalisa sesuatu dengan cara berbeza. Jalan kaki adalah maudhu' ku pilih pada kali ini untuk dikongsi bersama. Sejak awal lagi hadir ke UK ni telah ku perasan betapa British tends to walk fast. Memang diaorg berjalan laju, namun jika dulu di Malaysia kurasakan mereka berjalan laju kerana kesejukan.. cold, freeze etc. Namun mungkin itu antara reason but not solely because of COLD. Pernah satu hari ku berjalan dan ku dipintas seorang wanita kerana langkah ku lambat tidak seperti arus mereka. Arus mereka deras memacu kaki mereka kemana jua perginya.
Ku cuba fikirkan keadaan di tanah air dimana org melayu amat suka berjalan dengan tone yang perlahan. slow and steady. mungkin berjalan Malaysian compared to British can be discussed. first point yang boleh diperhati ialah, bilamana kita berjalan tanpa matlamat dan hala tuju maka kita akan tend berjalan lambat. cuba kita nak kejar kelas jam 9 am , pasti kita memecut sedaya upaya untuk tiba di kelas on time. tapi kalau kita just window shoping mesti perlahan sahaja gerak langkah kita, kerana tiada hala tuju, tiada matlamat.
kedua, di kala berjalan, kadang kala kita berjalan dengan tempo perlahan, laju, dan kadang2 kala berlari2 anak. semua itu ada sebab tertentu. itulah lumrah perjuangan.. dalam satu perjalanan jauh, kadangkala kita laju, perlahan berherti seketika dan kadang kala kita meemcut. siasah nafas panjang. wahai pejuang sekalian, sedarlah bahawa kita dalam perjalanan yang jauh, jaga tempo perjalanan kita agar kita tak semput di tangah jalan, agar tidak terjatuh ketika berlari tersepak batu, agar tidak juga ditinggalkan 'white' td, dan tidak juga terus berhenti mengambil nafas. seimbang kan semua tempo ini yang amat kita perlukan. perumpamaan berjalan kaki ini boleh kita amik pengajaran buat hidup ini.