Wednesday, November 4, 2009
Kapal Perubahan
Terasa besar dan agung kuasa Ilahi yang Maha Bijaksana mengatur perjalanan hidup hambanya bilamana terasa tiada rehat buat diri ini.. habis belajar terus bekerja.. sempat juga menjengah shbt2 seperjuangan serta terlibat sekelumit dlm PRK baru2 ini yang sudah agak lama ku tinggalkan. terasa puas hati ini dapat kembali ke medan yg di tunggu selama ini. namun, rasa puas dan enak berjuang tu tidak lama. urusan kerja memaksa ku ke tgh lautan luas dalam menunaikan amanah kerja yg memaksa aku ke sini sebulan- dua. adakah ini bentuk kerjaya yang patut ku pilih? adakah ini yg terbaik buat ku? itulah munajat hamba yg hina ini padamu Rabbi.
Terasa amat terhad ruang batas di atas kapal ini yang banyak mengajar ku erti hidup. kerjaya sebagai Field Engineer yang membutakan ku putus dengan hobi lama ku sebagai aktivis gerakan ISLAM.. Moga ALLAH memandu ku dalam hidup ini. terasa rindu benar akan usrah, halaqah, kuliah, ceramah dan tamrin. Moga dapat ku kembali pada semua itu ya Rabbi.
Sunday, August 16, 2009
HATI
seribu satu macam pepatah melayu akan perkara hati; makan hati berulam jantung, jauh hati, sakit hati sa sebagainya nak mengambarkan penting perkara hati ini. sehingga Nabi juga menyebut dalam hadis yang menyentuh rosak atau baik manusia itu , ala hiya qalb.- hati. perhatian kepada soal pembinaan hati , penjagaan hati atau terapi hati ini perlu kita fokus. kerana amal perbuatan kita juga bermula dr hati- NIAT. soalnay bagaimana mendidik hati agar ia jinak dengan perkara ma'ruf dan tidak selesa dengan mungkar.? zikrullah antara jawapan tepat buat pembersihan seterusnya menghias hati. basahkan lidah dengan kalimah toyyibah, mathurat dan zikir2. betapa hebat penangan zikir ini hingga lekat ke dalam lubuk hati yang tidak dpt di sentuh oleh jari jemari kita, tidak dapat ia diberi makanan zahiri melainkan taqarrub pada ALLAH.
Begitu kuat peranan hati dalm hidup ini. apabila seorang teruna terpikat pada seorang gadis, maka "bumi ini bagai ana yang punya". Cinta memang indah dan ia menjadi detik paling indah bagi mereka yang sudah merasai nya. Insan sanggup melakukkan apa saja untuk mengisi CINTA mereka. kerana Cinta itu buta jika hati tadi berkiblat pada manusia. ingatlah, manusia ini tidak kekal lama. CINTA hakiki kita padaNYA jua. marilah kita perbaiki hati kita ini. moga ia di service kerap kali supaya tidak berkarat dan jauh dr nur Ilahi- naudzubillah.
Monday, August 3, 2009
sempena hari lahir
terima kasih khas buat ayah bonda atas doa kalian dan penat lelah membesarkan diri ini, takkan kusia kan segala pengorbanan mereka.. moga diri ini dpaat menjadi manfaat buat ummat dan masyarakat kelak, inshaALLAH. sekalung terima kasih juga buat semua teman2 yang sudi mengambil masa utk SMS, FB dan email anda. moga sama2 kita menginsafi akan kejadian kita serta meningatkan kita pada MATI dan hari akhirat.
Saturday, August 1, 2009
BANGOR dan MACKEREL
kurang lebih 20 ekor ikan jenis mackerel yang diperoleh meskipun white beach ini mmg lubuk mackerel yg mana menurut abg jundi ia pernah mencecah 2000 ekor dalam satu masa kerana makcerel ini hanya menggunakan umpan apolo dan ia dtg dlm kumpulan yang besar. alhamdulillah dapat juga merasakan kelazatan mackerel bakar yg segar. bermalam di tepi north sea ini mmg agak freezing di sebelah malam bercampur hujan. namun, thisis a new experience camping in UK, alhamdulillah. sesekali bermuayashah dengan bahr dan hidupan alam. indah sungguh rububiyah ALLAH.
Friday, May 22, 2009
Eksaminasi dan Taqarrub
Sempat sejenak mengambil sela masa di John Ryland ini untuk membiarkan tangan ini menari diatas papan keyboard ini. mengehla nafas seketika dalam usaha terus menelaah paper kedua- project planning and control. ruang ini harus terus di isi agar mata akal ku terus bergerak aktif memikir sesuatu buat ummah meskipun di musim exam. Menurut Marielle, seorang cerdik pandai Sepanyol, inovasi dalam ruang lingkup kehidupan ini harus diteruskan kerana ia sangat bersangkut paut dengan curiosity, sifat ingin tahu manusia. inovasi juga sesuatu yang lahiriah dan ia tidak boleh di paksa dan di sekat. innovator needs freedom, motivation dan passion. seperti Da vinci , melukis, pemuzik, jurutra yg serba boleh. begitu juga dengan dunia ISLAM, malah lebih hebat lagi jika kita singkap tokoh2 nya seperti Dr Abd Majid Zindani , seorang kaya dari Yaman yang mewaqafkan diri utk perjuangan ISLAM disamping sangat digeruni ramai dlam bidang akademik an jihad. Dr Abbas Madani ari Algeria, antara pengasa FIS, sebah pertubuhan ISLAM di algeria, nah, lihat mereka semua mempunyai Falsagah kedoktoran dalam bidang masing sungguhpun mereka adalah singa dalam medan jihad. bila masa mereka belajar?
Dikala exam ini, terngiang2 lagi persoalan teman2 yang mengatakan kita rehat dulu ketika exam ini... kerna fokus dan tujuan utama kita ke sini untuk jihad ilmu. suka saya berpesan pada teman2 yang dikasihi, jihad ilmu kita tidak pernah sekali2 memberi kelepasan kepada kita untuk terus dalam jhad yang aini- iaitu jihad melepaskan negara dari cengkaman kuffar dan yang seaktu dengannya serta semua usaha ke arah itu. pokoknya, adakah kita yakin jika kita minta berehat, kita aan benar2 success? ataupun keadaan sama sahaja antara rehat atau bekerja untuk ISLAM. ingatlah, motivasi terbaik buat kita adalah akhirat. ke mana kita nak bawa ijazah kita kalau bukan ke negeri akhirat. yang penting berusaha gigih dan yaqin dengan nusrah ALLAH. Yaqin ini juga satu persoalan besar, sejauhmana kita betul2 yaqin padaNYA, atau lebih yaqin kita dengan usaha yang kita laksanakan. Jangan hanya TAQARRUB itu datang di kala exam sahaja. ia sudah pasti wajib hadir dalam diri kita sebagai HAMBA kepada KHALIQ kita.
selamat menempuh eksaminasi!
Tuesday, May 19, 2009
Dissolve the Parliament
Krisis MP's expanses yang melanda Westminster merupakan isu yang dianggap besar oleh rakyat Britain. hatta pada hari ini , Speaker Parliament - Michael Martin di gesa untuk meletakkan jawatan nya serta merta kerana gagal mengawal sidang parlimen dan menyelesaikan masalah over spends MP's.
Sungguh mengaibkan bai seorang MP di sini yang extra expanses yg diperuntukkan pada mereka sekitar £25,000 per annum di pertikaikan dikala rakyat mederita dengan economic crisis sehingga ada kes disebut seorang mechanical engineer terpaksa berdiri di tengah motorway dan promosikan diri untuk mencari kerja! inilah demokrasi ala barat yang benar2 mengamalkan demokrasi dan berjiwa rakyat!
Namun apakah kerajaan Malaysia mampu mengambil langakah serupa dengan negara British yang menjadu kiblat mereka selama ini?. nah, buktikan nya di Perak terlebih dahulu. suara dan kehendak rakyat yang lebih utama jika orang no 1 negara benar2 mahu menjadi The Peoples Prime Minister. Buktikan!!
Monday, May 18, 2009
Isyarat Apakah ini?
Sebagai pemerhati politik ini sudah pasti satu berita besar buat arus demokrasi tanah air di mana sebuah parti yg lama dan dianggap paling berkuasa di tanah air mahu menarik diri dari bertanding. apa isyarat nya ini? adakah mereka mempunyai taktik lain? atau mereka takut kalah? atau pun mereka tidak mahu membazirkan wang rakyat lagi? ataupun mereka tidak ketemu calon yang sesuai?.. semuanya persoalan ini payah untuk dijawab selagi mereka mengambil langkah yg sangat berhati2 dalam membuat keputusan sungguh pun pimpinan parti itu semalam mengaku sudah ada calon di dalam hati beliau.
sebagai pengamal proffesional, mungkin BN mengelakkan risiko, denan melaksanakan risk assesment atau pun earn value analysis dengan mengambil kira financial risk, individual risk ataupun rakyat's RISK?... dengan qualitative and quantitave method. apapun, sekali lagi mereka tidak sanggup hendak melihat arus kebangkitan rakyat. bahang suara rakyat sudah dirasai mereka dengan bukti mereka terpaksa menjadi 'hamba rakyat', khidmat pada rakyat. media boleh manipulasi apa jua fakta, namun ingatlah rakyat semakin bijak menghitung dan berkira2. haq tetap akan terserlah dicelah kabur batil yang kamu cuba tekup dengan kain baju kamu sendiri.